Kamu di sini : UtamaMakan → Makan Makan di Penang
Nak komen terus!

Makan Makan di Penang

cheni / 11 May 2012 / 09:35:56

Hi!

Penang terkenal dengan jolokan “Food Heaven”. Banyak sangat tempat best dan membuka selera. Saya bagi sikit dulu. Lain, akan menyusul. Apa yang harus korang try ? Jom makan-makan kat Penang!

Minum berdiri boleh. Duduk boleh. Bungkus boleh.

Two Chew Cendol

Kalau sebut Penang, semua orang tau pasal cendol yang famous ni. Teo Chew Cendol. Yup! memang sedap. Santan dan gula melakanya cukop. Dihidangkan sekali bersama kacang merah yang lembut dan yang penting ais tak dikisar kasar. Kalau nak cuba, stall ni terletak di Penang Road atau lebih tepat lagi Lebuh Keng Kwee, Georgetown. Landmark : Chowrasta Market. Harga: RM2

Rumah Hijau

Amacam?

Kalau dah pekena cendol, layan dengan Penang Assam Laksa lah paling sesuai. Kalau minum cendol kat kedai diatas, bagitau kat tokeh kedai, hantarkan cendol ke Kedai Hijau (sebab kedai tu dicat dengan cat hijau). Kedai ni sederet dengan stall cendol. Menang rata-rata pelanggan cendol akan pi kedai ni. Tak susah nak cari, langkah 7 8 langkah terus jumpa.

Kuah pekat. Ikan sardin manis. Tak terlalu pedas. Sesuailah kalau budak-budak nak makan. Kedai cina, tapi Halal. Ada juga menjual rojak buah petis udang. Sambil makan-makan, boleh cuci mata. Tengok kat dinding kedai, punyalah banyak gambar-gambar orang terkenal yang juga makan kat kedai ni.

Area peniaga bangsa Cina.

Parking Lot.

Kalau pi Penang, cuba pergi ke Padang Brown Hawkers. Senang je nak jumpa. Terletak di Jalan Anson. Satu pekara tentang Penang, tak perlu GPS, banyak tanda arah dan sangat clear. Parking pun murah. Lepak lama pun kene 80 sen!

Kat sini ada banyak stall macam kat Padang Kota lama. Tapi bila compare, i think i would prefer kat sini, which is LEBIH MURAH dan sedap. Semua kedai buka menjelang petang hingga larut malam. Terbahagi kepada 2 area. Belah kanan Halal area, belah kiri Tak Halal-lah.

Halal Korner

Berasap perot

Timun & Sengkuang free!

Coconut Shakabombom!

Kat Penang, rojak mamak dikenali dengan nama Pasembur. Dah sampai Padang Brown harus cuba pasembur. Ada 2 kedai yang korang patut cuba. Satu, Ghani Pasembur, dan kat hujung sikit Muhammad Pasembur. Kuahnya lain dari Pasembur biasa yang ada kat Padang Kota Lama. Satu pinggang besar RM15. Pilihlah apa nak. Extra charge kalau ambil seafood.

Lagi satu yang kena cuba, Sup Al-Bismi. Terbaik. Ada sup kambing, perut, daging, ayam, sup urat pun ada. Kuah pekat, boleh makan dengan roti. Harga mengikut jenis Sup. Harga RM4++.

Kalau dahaga pi cuba Coconut Shake. Tak ingat nama kedai, tapi kedai tu kat hujung sekali. Kearah jalan besar. Banyak jenis, sedap-sedap pulak tu. Jangan tak percaya, harga satu gelas coconut shake adalah RM2.40. Murahkan!

Beratoq!

Jalan-jalan waktu malam, terus je drive ke Nasi Kandar Beratur. Kedai nasi kandar paling famous kat Malaysia. Senang aje nak pegi, sebelah Masjid Kapitan Keling. Parking pun mudah. Peliknya kedai ni, ia dibuka pada pukul 10.00 malam. Kalau lambat, beraturlah jawabnya. Memang panjang dia punya barisan!

Semua lauk sedap, tapi mengikut pemerhatian, ramai yang ambik isi telur ikan dan ayam goreng. Ayam goreng panas-panas! Harga lebih kurang sama dengan kedai mamak di KL. Nasi + Ayam goreng + sayur = RM7.50. Ayam besar. Potong 4. Pengsan nak habiskan! Teh tarik dia, terbaik!

Tak berapa nak clear. Ramai orang.

Satu lagi kedai nasi kandar yang popular di Penang adalah Nasi kandar Line Clear. Lebih kurang sama aje juadah yang dijual dengan Nasi Kandar Beratur. Ia dibuka untuk waktu makan tengahari hingga malam. Kat sini pun beratur juga. Harga pun lebih kurang sama.

Tapi mengikut apa yang saya rasa, Nasi Kandar Beratur lagi sedap dan invironment-nya lebih bersih dari Line Clear. Masih takde WOW-factor untuk saya di Line Clear.

Kedai ni terletak di Jalan Chulia berhampiran Penang Road. Tak jauh dari Chowrasta Market. berhadapan dengan Pasaraya Maiden. Harga sedikit mahal dari NKB.

Pilih! Pilih!

Dan, sebelum balik KL, singgah la kejap ke Chowrasta Market. Beli jeruk-jeruk. Paling famous adalah Jeruk Pak Ali. Tapi kali ni saya cadangkan beli di Kedai Jeruk Nasir. Selang beberapa kedai dari Pak Ali. Istimewanya, Jeruk Nasir ni tak menggunakan cuka. Guna gula je. So, takdelah menangkap ke hidung. Siapa yang ada asma tu, boleh la pekena jeruk ni.

Selamat mencuba!

 

 

7 Komen untuk “Makan Makan di Penang”

  1. Komen Chikebum Buzz :

    aaa..leleh air liur dah niE… aaaa… nak pegi penang lah petang ni .. =D

  2. Komen rin :

    hai, memang teringin sangat nak pergi ke Penang, tapi tak tahulah bila agaknya huhu

  3. Komen Juadah :

    teo chew cendol memang best. kalu tak berapa lalu nak makan2 kat celah lorong tu, pegi la cawangn di restoran dia kat tepi jejantas dkt2 area situ juga.

    Kat pdng kota lama makanan dia mahal2

Pemberitahuan : Rajinkan membaca sebelum komen. Email kami di info@backpackers.my

Komen? ;)

CommentLuv badge

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.

Ke atas
%d bloggers like this: