Kamu di sini : UtamaJalan-jalan, Makan → Jakarta Terus Ke Bandung
Nak komen terus!

Jakarta Terus Ke Bandung

army4war / 6 Nov 2011 / 15:16:50

Assalamualaikum…

Kali ni aku nak share dengan korang perjalanan aku melihat negara orang… Lokasi pilihan kali ini adalah Jakarta dan Bandung.. mengenangkan Jakarta dan Bandung hanya memakan masa 3 jam perjalanan menaiki keretapi.. dinasihatkan korang yang dari Jakarta mahu ke Bandung, boleh cuba public transport keretapinya.. tak complicated.. murah dan cepat.. berbanding menaiki van sewa atau taxi yang confirm macet (jem dalam bahasa indonesia).. silap2 kene tipu duit.. tips mudah.. sila survey betul2 dengan orang yang pernah ke sana.. paling best ambik pakej.. sampai sana dah ada orang tunggu.. tadaaaaaa.. tp tak adventure sangat la ek.. kekekeke

Taxi pakai Vios okey hehehe

Taxi pakai Vios okey hehehe

Taxi di Jakarta memang menggunakan kereta VIOS.. pemandu diberi gaji bulanan oleh kerajaan.. tambang standart.. so tak berapa ada isu taxi pow duit penumpang.. erm.. menarik..

Tapi untuk yang mahu menggunakan van sewa, sila tawar betul2.. silap2 tambangnya double dari tambang normal.. Warga Jakarta agak “pandai cari duit”.. sendiri mau ingat.. lalalalala

 

Penunggang  motor wajib pakai helmet full face.. perempuan bawak RXZ tuuu kekekeke

Penunggang motor wajib pakai helmet full face.. perempuan bawak RXZ tuuu kekekeke...

Pemandangan dari van sewa.. di Jakarta, penunggang motosika wajib pakai helmet fullface.. senario sebegini tidak mengejutkan.. perempuan pakai fullface slamber..

 

Rumah2 tradisional di Jawa

Rumah2 tradisional di Jawa

Melawat rumah2 tradisional di Jawa.. Kami beradai di Jakarta sehari sahaja.. kerana tidak begitu banyak kawasan yang menarik perhatian kami.. sekadar mahu menjejakkan kaki ke Ibu Kota Indonesia dan melihat ragam manusia di sana.. Jika kamu menempuh jem di Jakarta, kamu akan bersyukur dengan jem di KL.. hanyalah 1/5 dari jem di Jakarta.. fuuhhh~!

 

Menunggu keretapi dari Jakarta Ke Bandung

Menunggu keretapi dari Jakarta Ke Bandung

Setelah berbincang.. kami mengambil keputusan menaiki keretapi ke Bandung.. kerana tidak mahu menempuh jem yang sangat aneh.. tidak ada banyak beza menaiki keretapi di Indonesia dengan Malaysia.. cuma layanan di dalam keretapi di Indonesia ada jual air.. jajan.. nasik goreng.. menggunakan troli seperti pasaraya.. sorry tak de gambar.. ehehehhee..

 

Tiket Jakarta - Bandung

Tiket Jakarta - Bandung

Tiket Keretapi dari Jakarta ke Bandung.. tatau kenapa.. aku rasa lega sangat tinggalkan Jakarta.. sesak.. tak selesa.. orangnya kelihatan tidak jujur.. sentiasa ingin mencari keuntungan yang tidak munasabah.. Bandung im coming!!

 

Suasana bila keretapi sampai.. meriah kekekeke

Suasana bila keretapi sampai.. meriah kekekeke

Setelah menunggu keretapi tidak begitu lama.. beginilah keadaan orang2 yang mencari gerabak masing2… 2 perempuan ini bersembang dengan kakak n mak aku dengan ramah.. dia boleh detact kitorang orang Malaysia.. erm..

 

Dalam keretapi menuju ke Bandung

Dalam keretapi menuju ke Bandung

Pemandangan dalam keretapi sebelum aku terlelap.. sedar2 dah sampai Bandung… lalalalala…..

 

Paris Van Java

Paris Van Java

Jejak je kaki ke Bandung.. letak beg dalam hotel.. kitorang berjalan kaki ke Paris Van Java.. bagi yang masih kuderatnya kuat dan sihat.. boleh hanya berjalan kaki ke sana.. kalau agak2 tak larat korang naik je teksi roda 3 tu.. layan gak hehehe..

Jalan2 sini menjamu mata ok la.. structure bangunannya mewah dan cantik.. artis2 jakarta shoping sini la.. tak ubah macam Mid Valley.. KLCC.. Pavillion… harga standart laa.. barang2 mewah..

 

Hotel tidak jauh dari Paris Van Java

Hotel tidak jauh dari Paris Van Java

Lepas jalan2 patah kaki ke Paris Van Java.. balik ke hotel.. lepak tepi swiming pool hotel.. layan gak.. syahdu je…

 

Perhiasan di dalam hotel bercirikan Seni Jawa

Perhiasan di dalam hotel bercirikan Seni Jawa

Perhiasan hotel semuanya bercirikan seni jawa.. malam2 seram jugak la nak jalan sorang2 g toilet.. macam2 jenis patung ada.. tp sangat unik.. n mereka memang sangat menghargai seni negara mereka..

 

Welcome To Gunung Tangkuban Parahu

Welcome To Gunung Tangkuban Parahu

Selamat datang ke Gunung Tangkuban Parahu… kawah gunung berapi dengan pemandangan yang sangat cantik.. dan keadaan cuaca yang sangat sejuk.. menggigil jugak la kat sini.. walau cuaca nampak panas.. tetapi sangat sejuk.. berangin…

 

Kawah Gunung Berapi Tangkuban Parahu

Kawah Gunung Berapi Tangkuban Parahu

Salah satu kawah gunung berapi yang sangat unik dengan asap masih berkepul2 dari dalam tanah..

 

Penjual Pakaian sejuk

Penjual Pakaian sejuk

Cuaca yang sejuk membolehkan peniaga boleh menjual pakaian sejuk.. harga dikawasan ini agak mahal, kerana ia adalah kawasan pelancongan.. tapi harga dia ok la.. tak la cekik darah sangat…

 

Entrace Kampung Daun

Entrace Kampung Daun

Kampung Daun adalah restoren unik yang aku rasa sangat seronok berada di dalamnya… suasana hutan.. air terjun.. dihiburkan dengan bunyi alam semula jadi.. bunyi burung.. cengkerik.. pergh… must try…

 

Suasana di dalam Kampung Daun

Suasana di dalam Kampung Daun

Suasana dalam Kampung Daun.. kiri kanan pondok2 makan.. menyusuri jalan menuju ke pondok makan.. ops.. pondok kami lagi special.. jom naik lagii…

 

Berjalan menjejaki pondok makan yang sudah do book

Berjalan menjejaki pondok makan yang sudah do book

Perjalanan belum tamat.. kami tak rasa penat langsung.. sepanjang jalan dihiburkan dengan pemandangan yang cantik.. air sungai… atas lagi ada air terjun.. hhehehee

 

Pemandangan dari pondok makan.. pondok didirikan antara batu2 sungai

Pemandangan dari pondok makan.. pondok didirikan antara batu2 sungai

Haaa… sampai pun di pondok makan kami… sangat special.. kami ditempatkan di tepi air terjun.. antara paling puncak dalam kampung daun.. sampai je sini.. tak rasa lapar dah.. sebuk tengok keadaan sekeliling… sangat unik konsep dia..

 

Tempat duduk ala2 pankin.. ada bantal.. tepi air terjun.. relaxx

Tempat duduk ala2 pankin.. ada bantal.. tepi air terjun.. relaxx

Tempat duduk ala2 pankin.. duduk bersila.. ada bantal.. sangat luas boleh guling2 hehehehe…. sementara tunggu order sampai.. boleh lepak2 tengok keindahan alam..

 

Cara hidangan yang unik..

Cara hidangan yang unik..

Nahh… makanan dah sampai… cara hidangannya unik.. dan yang penting sangat sedap… makanan dihidang dalam dulang.. pinggan digantikan dengan tempurung kelapa yang sudah di ukir.. yummiiie…

 

Shoping handbeg hehehe

Shoping handbeg hehehe

Selesai makan, kami shoping2 pulak… sapa yang gila beg boleh la pusing2 dalam kedai ni, memang gila tgok beg dia cantik2… ni baru 1 kedai.. banyak lagi kedai yang ada kat sini.. huhuhu….

 

Sijil Jeans Levis bukti original.. erm..

Sijil Jeans Levis bukti original.. erm..

Lepas jejak kedai beg.. kitorang g ke Kedai Toko Tiga… kedai ni memang jual jeans.. paling popular Jeans Levis.. bila ditanya.. jeans sini original ke?? mereka tunjukkan Sijil ini hehehe… aku beli gak 2 3 helai.. kualiti ok je..

 

Rumah Mode.. shoping t shirt plak

Rumah Mode.. shoping t shirt plak

Lepas shoping jeans.. kene shoping baju pulak… Rumah Mode ni antara kedai t shirt yang popular.. harga boleh tahan.. tak mahal sangat dan tak murah sangat.. kalo dah sampai sini, kene la beli sehelai 2 hehehe…

 

army4war

179 Komen untuk “Jakarta Terus Ke Bandung”

1 6 7 8
  1. Komen Yatiman :

    Salam,
    Saya akan ke Jakarta pada 27 Nov 2013, bercadang terus ke Banudng pada jam 3pm. Berapa tambang keretapinya dan di mana kena beli?
    Hotel mana yang dekat di Bandung?
    Kalau ada pemandu pelancong, supir dll kongsikan no telefonnya?

    T.Kasih
    Artikel terbaru Yatiman … Samarahan HomestayMy Profile

1 6 7 8
Pemberitahuan : Rajinkan membaca sebelum komen. Email kami di info@backpackers.my

Komen? ;)

CommentLuv badge

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.

Ke atas
%d bloggers like this: