Chuping
Konnichiwa, genki desu ka? Heeee…
Untuk kali yang ni, kali ke-2 gua jejak Perlis. Pertama masa pergi Langkawi. Kali ni gua and the gang saje nak jenguk Padang Besar, maklumlah tak pernah jejak. Kitorang dari Bukit Tinggi, Kepala Batas lepas hadirkan diri untuk majlis kenduri kahwin orang kuat Backpackers.my. Selamat pengantin baru. Bila anak lahir? Hikhikhik.
Ok, sambung.
Perjalanan amik masa sejam. Sementara nak sampai Padang Besar, kitorang lalu ditengah-tengah satu kawasan tanaman yang luas. Chuping namanya. Terpegun kejap tengok keharmonian hijau dan biru.

Chuping terletak lebih 20km ke utara Kangar. Apa yang ditanam? Kejap.
Chuping dapat nama dari sebuah bukit batu kapur berhampiran, Bukit Chuping. Dulunya, Bukit Chuping tu punca pengeluaran tahi kelawar. Kegunaan tahi kelawar tu pula adalah untuk dijadikan baja bagi tanaman padi di kawasan berdekatan. Wikipedia. Heee.

Chuping adalah tempat pengeluaran gula terbesar kat Malaysia. Maknanya, dorang tanam tebu kat sana. Keluasan Chuping ni sekitar 22 ribu hektar. Tapi masa kitorang pergi, tak nampak pula pokok tebunya. Musim menuai dah habes kot.

Chuping juga pernah dicatatkan sebagai kawasan terpanas Di Malaysia. Suhu paling tinggi pernah dicatatkan adalah 40.1 darjah Celcius. Wuh! Panas! Selain itu, ia juga termasuk dalam senarai 7 Wonders of Perlis oleh kerajaan Perlis.
Dengar cerita terkini, sana dah tak tanam tebu, dorang tanam kelapa sawit ke getah. Entah ye ke tak.
*terima kaseh kepada pemilik telefon pintar android yang canggih shakalalalalala




















Tinggalkan Komen untuk “Chuping”
Chuping: Konnichiwa, genki desu ka? Heeee… Untuk kali yang ni, kali ke-2 gua jejak Perlis. Pertama masa pergi La… http://t.co/ZTsPWj1U
Chuping http://t.co/HN9JvPao
Chuping http://t.co/adER5Mk7
Chuping http://t.co/HN9JvPao
Pemberitahuan : Senangkan diri membaca sedikit apa yang kami nak bagitahu disini sebelum komen, bukan komen kat sana :p. Apa-apa hal, boleh hubungi kami di info@backpackers.my