Kamu di sini : UtamaJalan-jalan → Bukit Tinggi, Padang Indonesia
Nak komen terus!

Bukit Tinggi, Padang Indonesia

army4war / 31 Oct 2011 / 19:27:28

Assalamualaikum …

Nak kongsi sikit dalam blog nie nie.. kalau setiap orang kongsi sikit pengalaman melihat bumi Allah nie, maka banyak la pengetahuan si pembaca yang lain.. insyaALLAH…

Aku nak mulakan dengan pengalaman aku ke Bukit Tinggi, Padang Indonesia.. aku dah ke sana 2 kali, 1st dengan family aku, n 2nd time dengan opismate aku.. apa yang membuatkan aku ke sana sampai 2 kali? erm..

Kawasan kampung Bukit Tinggi ini memang sangat tenang dan damai.. sepanjang jalan penuh sawah padi bertingkat2.. sangat cantik dan hijau. Boleh dikatakan sepanjang jalan ke puncak bukit tinggi tu kami menyusuri sungai sepanjang jalan.. bagi aku yang memang suka pemandangan sungai nie.. memang lain dari sungai di Malaysia.. sungainya berbatu2.. air jernih kaler hijau beb.. hijau.. dan sangat deras.. tak berapa sesuai nak bermandi manda.. tapi ada kawasan perkelahan..

purata gempa bumi kecil adalah 100 kali setahun.. ngeri mendengarnya.. tapi bak kata Tour Guide kami.. gempa bumi di sini sudah biasa, bagaikan minum kopi setiap pagi.. dikiri kanan gunung berapi yang masih aktif terdapat perkampungan yang sangat padat.. malah penduduk kampung kawasan aktif gunung berapi juga pernah diarah berpindah.. tetapi mereka rela mati di tanah mereka sendiri.. mereka sendiri tahu risiko yang mereka perlu hadapai..

Aku berpeluang tengok konvoi motor vespa.. sangat unik.. memang mereka bangga tayang motor masing2 dengan menampilkan keunikan sendiri.. kalau di Malaysia kita guna cat warna warni, dan aksesori besi.. tetapi di sini mereka menggunakan kain batil.. tayar .. dan kain2 guni untuk menghiasa motor vespa mereka, sangat kreatif..

Air Terjun

air terjun di sini agak unik.. disebabkan gempa bumi sering berlaku di sini.. air terjunnya juga boleh berubah2 tempat, mengikut keadaan muka bumi.. air terjun yang sedia ada, tidak semestinya berada disitu bila gempa bumi berlaku..
Adat minangkabau sangat kuat di sini.. cukup hanya melihat binaan bumbung rumahnya yang rata2 berunsurkan bumbung minangkabau.. termasuk bumbung airport di Padang..

Airport Padang. Bumbung Minangkabau

terdapat 3 gunung yg ada dalam daerah Minangkabau ni, iaitu Gunung Singalang di Batu Sangkar, Gunung Merapi di Bukit Tinggi, & Gunung Sago di Payakumbuh. Setiap gunung itu ada kisahnya dan kepercayaan tersendiri..

Disini juga tempat kelahiran Prof. Dr. Hamka, cendekiawan Islam terulung yang pernah dipenjarakan pemerintah Indonesia suatu ketika dahulu.. aku sempat melawat tempat kelahiran beliau.. karya2 beliau juga boleh di dapati di sini..

Rumah Bung Hamka

kesan sejarah pun ada disini, hasil peninggalan Jepun yang kejam hehehe.. contohnya Lubang Jepang – terowong yang dibina hasil kerahan tenaga buruh paksa dengan sangat kejam.. keluasannya 6km persegi.. tp untuk pelancong hanya dibukakan 1km persegi.. agak unik bg aku.. lagi dalam kami masuk ke terowong tu, lagi sejuk udaranya.. dan structure dinding terowong itu dibina berliku2 untuk mengelakkan jeritan buruh yang diseksa tidak bergema dan mengelakkan didengari oleh buruh paksa lain, untuk mengelakkan mereka berasa takut dan sukar melakukan kerja2..

Jam Gadang adalah menara jam kebangga penduduk bukit tinggi.. kerajaan bukit tinggi menetapkan semua bangunan tidak boleh melebihi ketinggian jam gadang tersebut kerana mahu memelihara sejarah dan keunikan jam tersebut. jam ini kelihatan gah kerana tiada bangunan yang melebihi ketinggiannya…

masakan Padang memang sangat superb.. memang cukup rasa.. cara hidangan makanan, akan dihidang sehingga 10 atau lebih jenis makanan dalam kuantiti yang sikit2.. bayaran akan dikenakan pada lauk hidangan yang di makan sahaja.. sering diberitahu.. nasi yang dimasak adalah beras yang memang sudah cukup masak sahaja dan baru dituai.. tatau la terpengaruh atau tidak.. tapi memang sedap nasik dia.. n cepat kenyang, contoh kat Malaysia.. contoh makan 2 senduk sekali makan.. then siap tambah2 lagi.. kalau kat bukit tinggi time tu lapa macam mana pun 2 senduk tu dah level kenyang.. member aku cakap.. beras yang memang cukup masak baru dituai, memang mcm tu la effect dia.. tapi tatau la, kalau terlalu penat n tersaiko dengan salasilah beras tu tadi ekekeke…

Bukit Tinggi juga terkenal dengan hasil “Sulaman Bukit Tinggi” nya… bagi pendapat aku sebagai pembeli kain2 sulamannya.. harganya sangat murah jika dibanding dan dinilai hasil tangan mereka.. sulamannya banyak, kemas n cantik.. paling murah boleh dapat sekitar Rp100,00.. lebih kurang RM20++

Ok, tujuan topik ni di create untuk memudahkan mereka2 yang sedang survey tempat pelancongan.. testimonial.. budget.. contact..

check it out …
5 hari 4 malam
hotel + transport + makan + tour guide = RM500 (depands on berapa orang yg join.. tapi bagi aku saaangat murah n berbaloi, 5rat tu tak termasuk tiket flight ye anak2)
aku tukar rupiah dalam RM500 je.. banyak gak boleh membeli belah..

personaly, dah 2 kali aku ke Bukit Tinggi, Padang.. tak rasa rugi langsung.. even 2 kali tu pergi melawat tempat yang lebih kurang sama.. tetapi masih mampu menghayati pengalaman yang berbeza..

Diingatkan saya bukan egent pelancongan tau.. saya sekadar berkongsi maklumat yang pernah saya terima ;)

chow~ ;)

 

army4war

313 Komen untuk “Bukit Tinggi, Padang Indonesia”

1 21 22 23
  1. Komen zida :

    Salam..
    blh tak email saya siapa blh sy hubungi di sana….
    tqvm

1 21 22 23
Pemberitahuan : Rajinkan membaca sebelum komen. Email kami di info@backpackers.my

Komen? ;)

CommentLuv badge

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.

Ke atas
%d bloggers like this: