Categories
Bukit Rekreasi

Bukit Broga

Bukit Broga ini sangat popular di kalangan pendaki-pendaki kasual. Mana tidak, lokasi yang mudah di-‘access’ dan permandangan di puncak yang indah. Juga, Bukit Broga sering dijadikan lokasi latihan bagi pendaki-pendaki berpengalaman untuk menguji stamina dan keupayaan sebelum ke gunung atau bukit yang lebih mencabar.

Bukit Broga

Maklumat Bukit Broga;

  • Ketinggian : 1312 kaki / 400 meter
  • Tahap kesukaran : ★✫✫✫✫
  • Jarak ke puncak : 1.7 km
  • Masa pendakian : 1 jam
  • Lokasi : Broga, Semenyih

Disebabkan persekitaran Bukit Broga dipenuhi dengan tumbuhan liar bernama, Lalang, tidak hairanlah kalau nama lain Bukit Broga ni adalah Bukit Lalang. Hmm.

Bukit Broga

Bukit Broga

Laluan untuk pendakian ke puncak adalah dalam kategori mudah. Tidak banyak halangan berbahaya. Tidak ada laluan yang mengelirukan. Cuma, bentuk muka bumi yang kadang-kadang boleh membahayakan. Laluan tanah merah yang berdebu (ketika cuaca panas) dan licin (kering dan basah).

Bukit Broga

Bukit Broga

Curam untuk ke puncak
Curam untuk ke puncak
Bukit Broga
Permukaan tanah yang licin

Selain hanya untuk mendaki, tujuan lain pengunjung mendaki Bukit Broga ni adalah untuk merakam detik matahari terbit dan terbenam, disebabkan oleh persekitaran puncak bukit yang lapang dan tiada halangan pokok-pokok tinggi. Ada juga yang menjadikan Bukit Broga sebagai lokasi outing terutama bagi jurufoto atau penggemar aktiviti berkaitan fotografi.

Pemandangan matahari terbit
Pemandangan matahari terbit
Bukit Broga
Mempunyai kawasan yang luas untuk aktiviti perkhemahan.

Bukit Broga

Jika bernasib baik, pengunjung Bukit Broga dapat menikmati permandangan kabus yang meliputi kawasan berhutan di bawah puncak.

Maklumat ringkas mengenai Bukit Broga;

  • Pernah berlaku kemalangan. Sila berhati-hati. Terutama kepada yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti pendakian. Orang tua cakap, jangan nak excited sangat.
  • Ada gerai menjual air dan makanan ringan di tempat meletak kenderaan. Buka jam sewal 6 pagi.
  • Kawasan ladang kelapa sawit di laluan masuk ke kaki bukit yang dijadikan tempat meletak kenderaan adalah kawasan persendirian, pengunjung perlu membayar RM2.
  • Hujung minggu dan hari cuti, adalah hari yang sarat dengan pengunjung. Waktu yang sesuai untuk mengelak kesesakan semasa mendaki adalah sekitar jam 5 pagi.
  • Bagi mereka yang ingin mencabar keupayaan stamina dan kecergasan maseng-maseng, mereka boleh lanjutkan pendakian ke Gunung Tok Wan.
  • Ada surau di kawasan letak kenderaan.
  • Ada tandas awam dengan kadar bayaran yang agak tidak patut.

Bukit Broga

Kawasan parking
Kawasan parking
Bayaran untuk parking
Bayaran untuk parking
Laluan masuk
Laluan masuk

 

>>> Galeri gambar <<<

*dikemaskini pada 11 November 2015

GPS koordinat : 2.9364478, 101.907435

1 reply on “Bukit Broga”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge