Categories
Gunung Rekreasi

Gunung Angsi (Bukit Putus)

Di dalam Hutan Simpan Angsi ni terletaknya Hutan Lipur Ulu Bendul yang menjadi kegemaran bagi pengunjung untuk beriadah bersama keluarga. Banyak aktiviti outdoor lain boleh dilakukan di sini selain dari dijadikan lokasi pendakian.

Maklumat Gunung Angsi (Bukit Putus);

  • Ketinggian : 2076 kaki / 825 meter
  • Tahap kesukaran : ★★✫✫✫
  • Masa pendakian : 2 jam
  • Lokasi : Bukit Putus, Kuala Pilah

Laluan mendaki dari Bukit Putus ni tidaklah sesukar di laluan Ulu Bendul, namun ia tetap memberikan cabarannya yang tersendiri.

pejabat renjer
pejabat renjer

Pengunjung boleh meletakkan kenderaan maseng-maseng di kawasan lapang berdekatan pejabat ranger di kaki gunung.

parking
parking

Oleh sebab Jalan Bukit Putus ini sudah tidak digunakan lagi berikutan terbinanya Bukit Putus Viaduct yang dibuka pada 2009, jalan raya di sini lengang. Boleh kata, tiada kenderaan.

Trek untuk mendaki dimulakan dengan mendaki tangga.

Gunung Angsi (Bukit Putus)

Gunung Angsi (Bukit Putus)

Gunung Angsi (Bukit Putus)

Permulaan mendaki, pengunjung akan meredah trek yang melebihi 45 darjah dan diselang dengan trek yang landai.

Gunung Angsi (Bukit Putus)

Gunung Angsi (Bukit Putus)

Gunung Angsi (Bukit Putus)

Lepas 30 minit, pengunjung akan tiba di Panjang Rest n Rescue Centre. Kawasan yang sesuai untuk dijadikan tempat melepas lelah untuk beberapa ketika.

Panjang Rest and Rescue Centre
Panjang Rest and Rescue Centre

Selepas Panjang Rest n Rescue Centre, pengunjung boleh rujuk kepada papan tanda untuk ke puncak.

Gunung Angsi (Bukit Putus)

Gunung Angsi (Bukit Putus)
kiri tu… pacak baq hang!

Trek Bukit Putus ini mempunyai beberapa simpang dan laluan yang memberikan cabaran pendakian yang berbeza, namun pengunjung dinasihatkan untuk merujuk kepada mereka yang berpengalaman sebelum mencuba laluan-laluan lain.

reservoir view
reservoir view
entah celah mana empangannya
entah celah mana empangannya

Trek Bukit Putus ini juga menjanjikan pemandangan yang menarik. Terdapat beberapa view checkpoint untuk pengunjung bergambar sambil menikmati pemandangan.

wild boar swamp
wild boar swamp
waterfall view. pun entah mana waterfall nya
waterfall view. pun entah mana waterfall nya
puncak!
puncak!
beirut
beirut

>>> Galeri Gambar <<<

GPS Koordinat : 2.727432, 102.056210 (Bukit Putus)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge