Categories
Gunung Rekreasi

Gunung Angsi (Ulu Bendul)

Gunung Angsi ni antara gunung favorite dikalangan pendaki-pendaki tempatan. Selalu juga ia dijadikan lokasi untuk latihan ke gunung-gunung lain yang lebih mencabar. 

Gunung Angsi

Maklumat Gunung Angsi;

  • Ketinggian : 2076 kaki / 825 meter
  • Tahap kesukaran : ★★★✫✫
  • Masa pendakian : 4 jam
  • Jarak : 4.5km
  • Lokasi : Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah

Ada 2 laluan masuk yang dikomersialkan untuk ke puncak Gunung Angsi; Ulu Bendul dan Bukit Putus.

Gunung Angsi

Untuk ke Hutan Lipur Ulu Bendul ini, pengunjung perlu melalui Jalan Seremban – Kuala Pilah yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dari Bandar Seremban. Pengunjung akan melintasi jambatan ke-2 tertinggi di Malaysia; Bukit Putus Viaduct.

Sebelum mendaki ke puncak Gunung Angsi, pendaki perlu mendaftar di pejabat hutan lipur terlebih dahulu dengan kadar bayaran rm5 seorang.

Trek melalui Ulu Bendul bermula di Tugu Keris, sebelah pejabat pendaftaran. Pendaki akan mula mendaki dengan menyusuri Sungai Batang Terachi, antara sungai yang terdapat di Hutan Lipur Ulu Bendul.

Gunung Angsi

Tugu Keris
Tugu Keris

Perjalanan menyusur sungai agak santai selama lebih kurang 30 minit sebelum tiba di pondok pertama.

Pokok ni baru tumbang
Pokok tumbang menyukarkan laluan

Gunung Angsi

Pondok pertama
Pondok pertama

Dari pondok pertama, perjalanan mendaki pun bermula. 30 minit kemudian pendaki akan sampai di Kem Tangga Batu, pondok ke-2. Sini juga terletaknya Jeram Kak Lang.

Gunung Angsi

Kem Tangga Batu, Jeram Kak Lang
Kem Tangga Batu, Jeram Kak Lang
Pondok dekat Jeram Kak Lang
Pondok dekat Jeram Kak Lang

Lepas Jeram Kak Lang ni, pendaki akan menyeberangi sungai sebanyak 2 kali.

Gunung Angsi

Gunung Angsi

Gunung Angsi

Gunung Angsi

Gunung Angsi

2 jam kemudian, pendaki akan tiba di puncak botak atau Bukit Botak. Di sinilah antara spot mendaki yang menjadi cabaran sesetengah pendaki. Kawasan ini merupakan kawasan tanah merah berbukit. Cabarannya adalah, pendaki perlu mendaki menggunakan tali yang disediakan.

Kawasan ini menjadi berbahaya sekiranya cuaca hujan.

"Penat wei.. Rehat lu.."
“Penat wei.. Rehat lu..”
Bukit Botak
Bukit Botak

Gunung Angsi

Gunung Angsi

Lorong tikus dekat Bukit Botak
“Lorong tikus” dekat Bukit Botak

Beberapa minit selepas Bukit Botak, laluan mendaki yang agak mencabar stamina hingga ke puncak.

Di kawasan puncak terdapat sebuah pondok yang boleh memuatkan lebih kurang 9-12 orang untuk satu-satu masa. Kawasan puncak pula luas dan pendaki boleh menikmati permandangan gunung-gunung lain, Pekan Kuala Pilah dan sebahagian daerah Senawang.

Gunung Angsi

Gunung Angsi

Makan dulu!
Makan dulu!
"Kita kat Angsi, kenapa amik gambar puncak lain?"
“Kita kat Angsi, kenapa amik gambar puncak lain?”

>>> Galeri gambar <<<
GPS Koordinat : 2.730849,102.077576 (Ulu Bendul)

7 replies on “Gunung Angsi (Ulu Bendul)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge