Categories
Gunung Rekreasi

Gunung Berembun

Gunung Berembun yang terletak berhampiran pekan Tanah Rata, Cameron Highlands ini sering dijadikan trip daypack 3 puncak bersama Gunung Jasar dan Gunung Perdah.

Gunung Berembun

Maklumat ringkas Gunung Berembun, Cameron Highlands;

  • Ketinggian : 6037 kaki / 1840 meter
  • Tahap kesukaran : ★★✫✫✫
  • Jarak : 1.85km

  • Masa pendakian : 1 jam 30 minit
  • Lokasi : Hutan Lipur Sg. Pauh, Cameron Highlands

Ada banyak laluan masuk ke puncak Gunung Berembun ni dan setiap satunya mempunyai kadar masa pendakian yang berbeza. Laluan yang sering digunakan adalah di MARDI Agro Park, Cameron Highlands.

Tiada bayaran masuk dikenakan ketika artikel ini ditulis.

Bermula dari pintu masuk MARDI Agro Park, pendaki perlu berjalan selama 10 minit ke laluan ‘jungle walk no. 7′. Kenderaan boleh diletakkan di kawasan parking berdekatan.

Gunung Berembun

Jungle Walk No. 7
Jungle Walk No. 7

Pendaki terpaksa meredah kebun teh dan strawberry di awal pendakian sebelum melalui laluan hutan.

Kebun teh
kebun teh
kebun strawberi
kebun strawberi

Gunung Berembun

Gunung Berembun

Laluan pendakian selepas kebun-kebun agak sempit dan licin.

Gunung Berembun

Gunung Berembun

Gunung Berembun

Selepas laluan kebun, trek agak luas dan terang. Selepas 30 minit, pendaki disajikan dengan trek yang agak curam hingga ke simpang ‘jungle walk no. 8’.

Trek curam bermula
Trek curam bermula
Semangat kak!
Semangat kak!
Ape tah ni.
Ape tah ni.
pling!
pling!

Gunung di kawasan Cameron Highland ni, kebanyakkannya berlumut, lembab dan sejuk. Jadi, pendaki dinasihatkan untuk menjaga kebersihan persekitaran gunung jika maseh nak melihat ia kekal segar dan bersih.

ha! sini la
ha! sini la

Selepas simpang, pendaki hanya ada beberapa minit sahaja ke kawasan puncak.

sikit lagi
puncak!
puncak! nak roboh dah beirut ni
nak roboh dah beirut ni

Kawasan puncak agak lapang dan rata. Terdapat juga stesen trig atau beirut di puncak yang digunakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) bagi tujuan rujukan.

Dari puncak Gunung Berembun pendaki boleh melihat puncak Gunung Brinchang dan Gunung Irau.

kanan; gunung brinchang. kiri; gunung irau
kanan; gunung brinchang.
kiri; gunung irau
backpackers; hiking team
backpackers; hiking team
ramai ramai ramai
ramai ramai ramai

Gunung Berembun

Bagi perjalanan turun, pendaki boleh menggunakan mana-mana laluan jungle walk yang tertera. Bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini, dinasihatkan menggunakan laluan yang sama semasa mendaki.

Gunung Berembun

Gunung Berembun

Gunung Berembun

Bagi pendaki yang menggunakan laluan no. 8, kebolehan membaca tagging diperlukan berikutan laluan ini mempunya banyak simpang yang mengelirukan.

Laluan ini juga agak jauh sedikit dari laluan no 7. Jarak keseluruhan dari puncak lebih kurang 2.1km.

Gunung Berembun

Gunung Berembun

Laluan no. 8 juga berhubung dengan laluan no. 9; laluan ke Robinson Falls.

Gunung Berembun

Gunung Berembun

pertembungan dengan laluan no 9
penghujung laluan no 8 bertembung dengan laluan no 9

Gunung Berembun

Robinson Falls
Robinson Falls

Robinson Falls pada saat artikel ini ditulis telah dicemari dengan air rawatan pembajaan tumbuhan dan menghasilkan bau yang tidak disenangi.

Gunung Berembun

>>> Galeri Gambar <<<

GPS Koordinat : 4.476167, 101.377189

2 replies on “Gunung Berembun”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge