Categories
Gunung Rekreasi

Gunung Datuk

“Nan senting dilabuhkan. Nan panjang dikeratkan. Nan rumping disisipkan.” – Itulah ungkapan yang tercetak pada papan tanda sebelum memasuki kawasan perkelahan Hutan Lipur Gunung Datuk. Apakah makna sebalik ungkapan tersebut?

Nan senting dilabuhkan. Nan panjang dikeratkan. Nan rumping disisipkan
Nan senting dilabuhkan. Nan panjang dikeratkan. Nan rumping disisipkan

Gunung Datuk

Maklumat Gunung Datuk;

  • Ketinggian : 2240 kaki / 683 meter (data direkod menggunakan Garmin GPSMAP 62s)
  • Tahap kesukaran : ★★★✫✫
  • Masa pendakian : 1 jam 30 minit
  • Lokasi : Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau
Gunung Datuk
Tugu keris

Menurut OGKL, ketinggian sebenar adalah sekitar 2000 kaki. Ketinggian yang tercatat adalah ketinggian Gunung Rembau, yang mana, Gunung Datuk ni sebenarnya adalah permatang yang menganjur dari Gunung Rembau.

Jika dilihat di atas peta topo, data Gunung Datuk ini tidak dicatat langsung dan antara puncak yang terdekat adalah, Gunung Rembau (884 meter) dan Gunung Gagak (807 meter).

Gunung Datuk

Untuk memulakan pendakian, pendaki perlu mendaftar dahulu dengan pegawai Jabatan Hutan Daerah yang bertugas dengan kadar bayaran Rm5 seorang dan rm2 untuk parking (sekali masuk).

Kaunter dibuka dari jam 7 pagi hingga 4 petang.

Gunung Datuk

Gunung Datuk

Pendaki perlu turun ke kawasan perkelahan dan mandi-manda, kemudian melintasi jambatan dan ikut mendaki sedikit di laluan kanan untuk ke pejabat hutan yang terletak di laluan masuk mendaki.

Gunung Datuk

Laluan mendaki
Laluan mendaki

Permulaan pendakian agak santai lebih kurang 8-10 minit dan selepas tu laluan mula menegak hingga ke puncak. Laluan mendaki di awal pendaki telah beberapa kali dilencongkan berikutan kejadian pokok balak tumbang akibat ribut.

Gunung Datuk

Selamat datang!
Selamat datang!

Gunung Datuk

Trek Gunung Datuk ni agak lebar dan terang. Banyak tempat boleh berhenti dan berehat tanpa mengganggu laluan pendaki lain. Keadaan trek pula berakar dan berbatu licin.

Gunung Datuk

Gunung Datuk

Kejap! Lipan hutan sedang bersenggama
Kejap! Lipan hutan sedang bersenggama

Pendaki akan sampai di sebuah pondok selepas 30 minit mendaki. Kawasan pondok agak luas. Di sini sering dijadikan kawasan perhentian untuk berkumpul kebanyakkan pendaki sebelum sisa pendakian disambung.

kawasan pondok
kawasan pondok

Selepas pondok, trek landai memberikan kelegaan di beberapa lokasi. Kemudian, diikuti dengan trek mendaki yang mencabar stamina hingga ke puncak.

Gunung Datuk

Gunung Datuk

Cuba peluk, sejuk!
Cuba peluk, sejuk!
2 minit!
2 minit!

Sebelum ke puncak, pendaki akan tiba di kawasan perkhemahan. Kawasan ini sering dijadikan tempat untuk bermalam kebanyakkan pendaki sebelum menikmati suasana matahari terbenam dan terbit keesokkan hari. Tiada sumber air di kawasan ini.

Untuk ke puncak, pendaki perlu memanjat tangga yang disediakan. Ia akan menjadi masalah kepada pendaki yang mempunyai acrophobia.

Atas batu tu, puncak
Atas batu tu, puncak
Campsite
Campsite

Gunung Datuk

Panjat ni dulu
Panjat ni dulu
Lepas tu, ni
Lepas tu, ni

Pendaki boleh melihat permandangan kawasan Pekan Kota dan Selat Melaka dari puncak Gunung Datok.

Tadaaa!
Tadaaa!

Ruang yang luas
Ruang yang luas
Dikatakan bekas tapak kaki Hang Tuah
Dikatakan bekas tapak kaki Hang Tuah

Gunung Datuk

Gunung Datuk

Gunung Datuk

>>> Galeri gambar #1 <<<
>>> Galeri gambar #2 <<<

GPS koordinat : 2.543979,102.169179

4 replies on “Gunung Datuk”

salam,

*lepas register, ada ranjer yang follow x semasa hiking..
*sekiranya pergi dengan kumpulan, track yg ada mudah x untuk kita follow..ada track yang bercabang x..mean track yg ada different way untuk sampai ke puncak..

salam cik noraini…

ranjer tak ikut kita atau guide kita semasa hiking. kalau nak berbuat demikian, kena inform dgn jabatan hutan yg kita perlukan guide/ranjer. mungkin ada bayaran tambahan utk perkhidmatan tersebut. biasanya ada.

biasanya, kalau ada yg biasa dgn mendaki ni, tak susah bagi mereka nak kesan laluan. sebab laluan ke puncak terang dan ada tanda.
trek bercabang tu, maksudnya, simpang? kalau simpang tu, memang ada. tapi, utk gunung datuk ni, agak terang laluannya. dan, kalau nak panjat, sila panjat pada waktu pagi, orang ramai, dan di nasihatkan turun sebelum jam 2petang utk elak keluar malam.

Hai,nak tanya anggaran kasar kos trip nak daki ni berapa untuk 40 org ? Nak daftar tu kene booking ke on the spot ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge