Categories
BPLog Bukit Rekreasi

Pine Tree Hill

Pine Tree Hill yang terletak di Bukit Fraser ini berada pada ketinggian 4,777 kaki (1,448 meter) atas paras laut. Kira-kira hampir 2 jam perjalanan dari KL. Tak tahu lah apa menariknya Bukit Fraser ni, sebab aku baru pertama kali naik dan terus ke Pine Tree Trail.

Sebelum naik ke Bukit Fraser, sila pastikan petrol untuk kereta mencukupi, sebab dekat atas nun, tiada stesen minyak. Cuma ada beberapa kedai yang menjual petrol dalam botol kicap. Itu pun, kalau ada atau sempat topup. Malam, kedai tutup!

Pine Tree Trail

Berbalik pada Pine Tree Hill tadi, walaupun namanya ada ‘hill’ atau ‘bukit’, tetapi ia dikategorikan sebagai gunung (sebab lebih 1000 kaki, kot). Terdapat 8 laluan trekking di Bukit Fraser;

  • Bishop Trail (1.5km)
  • Rompin Trail (500m)
  • Kindersly Trail (300m)
  • Maxwell Trail (1.8km)
  • Hemmant Trail
  • Abu Suradi Trail (500m)
  • Mager Trail (350m)
  • Pine Tree Trail (5.5km)

Dan, Pine Tree Trail adalah laluan yang paling tough. Jadi, sebelum meredah dan mendaki, lakukan senaman ringan bagi mengelakkan kekejangan otot. Standard la kan. Ekspedisi Pine Tree Trail ini adalah anjuran kumpulan KAKIHIKE. Jadi, ayuh kita redah.

Maklumat ringkas Pine Tree Hill;

  • Ketinggian : 4777 kaki /1448 meter
  • Tahap kesukaran : ★★★★★
  • Jarak ke puncak : 5.5km
  • Masa pendakian : 3 jam 20 minit (tambah sejam ke Twin Peak)
  • Lokasi : Bukit Fraser, Pahang
Yang hijau hijau semua kakihike. Yang biru backpackers pekat. eheeee.
Yang hijau hijau dan biru cair tu, kakihike. Yang biru pekat backpackers. eheeee.

Perjalanan bermula sekitar jam 9.10 pagi. Dimulakan dengan laluan denai yang manja-manja, tangga-tangga kayu dan halangan akar-akar.  Tiada halangan yang berbahaya. Tapi, awal trekking dah menurun. Maka, balik nanti mendaki la jawabnya.

Tangga diawal trekking
Tangga diawal trail

Pine Tree Trail

Pine Tree Trail

Pine Tree Trail

Terdapat campsite dan last water point pada jarak 4.2km. Lagi sejam sampai puncak.

Water point
Camp site

Pine Tree Trail

Pine Tree Trail

Pine Tree Trail

Sebelum sampai puncak, cabaran memanjat menanti. Tapi tak berapa nak susah, sebab ada tali dan akar-akar.

Yeah! Bahagian paling best!
Yeah! Bahagian paling best!

Pine Tree Trail

Setelah sampai ke puncak Pine Tree Hill, rehat 10 minit. Menketedarah. Kumpulan pertama sampai ke puncak jam 12.30 tengah hari. 3 jam 20 minit!

Kawasan lapang 50 meter sebelum ke puncak Pine Tree
Kawasan lapang 50 meter sebelum ke puncak Pine Tree
Puncak Pine Tree Hill
Puncak Pine Tree Hill

Lepas makan, aktiviti tambahan – sambung ke Twin Peak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.

Laluan ke Twin Peak tidak begitu sukar, cuma kena layan turun naik sebelum sampai ke puncak. Dan, permandangan di Twin Peak lebih menarik. Yeay!

Pine Tree Trail

Pine Tree Trail

Pine Tree Trail
Puncak Twin Peak

Pine Tree Trail

Dah puas cuci mata. Turun! *sigh*. Inilah bahagian paling cepat semangat turun kalau memanjat. Akhirnya, kami penat. Balik, layan sup ekor dekat pekan Kuala Kubu Bharu.

>>> Galeri gambar <<<

GPS koordinat : 3.712225,101.72842

5 replies on “Pine Tree Hill”

Teringat daku pada zaman keagunganku mendaki gunung masa kat U dulu. Dulu dulu dulu aku kuat, sekarang aku capek huhuhu. Maklumlah setelah budak2 U pun panggil aku pak cik, terasa diri ini makin tua. Haha
Artikel terbaru Abg Sab … Basikal Mountain BikeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge