Categories
BPLog Tidur

Sehari di Mabul (bhgn 1)

Orang kata, Pulau Mabul ni cantek gila. Aku pun dengan yakin ikut trip ni. Lama dah trip ni, aku baru je nak cerita. Dan lagi, yang sangat sayang, trip ni hanya 3 hari 2 malam. Hanya 1 malam di Semporna, 1 malam di Mabul. Tapi takpelah, esok-esok boleh datang lagi kot.

26/9/ 2013
1 – 2:50 PM. Melepet dekat airport 3 jam. Tunggu flight jam 5:55 PM.

Log : Sehari di Mabul (bhgn 1)

2 –  Oh ye, trip ni disertai oleh 10 orang. Aku dan seorang lelaki terakhir pujaan wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan selebihnya perempuan. Flight mereka awal, jadi, waktu kami berdua melepet dekat LCCT, mereka dah sampai Tawau.

3 – 5:37 PM. OK jom, paramugari dah panggil. Ready for takeoff. Fiuuuuuuuuuu!

4 – 8:53 PM. Touchdown di Tawau. Seramnyalah penerbangan aku kali ni. Macam naik space shot kat Genting je.

5 – 9:24 PM. Cari kereta sewa. Disebabkan geng perempuan yang sampai awal tadi dah book kereta sewa, jadi kita tunggulah sampai kereta tu terpacul depan mata. RM120 satu perjalanan. Kongsilah 2 orang. Masa ni dah fikir nak ambil teksi je, sebab kereta yang ditempah awal tadi, lembab! Lagipun, teksi murah je, rm90. Ceh!

6 – 11:20 PM. Sampailah ke destinasi tempat tidur kami, Dragon Inn Floating Resort. Semata-mata untuk tidur. Nasib murah.

Log : Sehari di Mabul (bhgn 1)

27/9/2013
7 – 7:48 AM. Sarapan dulu apa-apa hal pun. Malangnya, untuk penginap Longhouse, sarapan tidak disediakan. Jadi, bayar sendirilah. Patutlah murah. -_-

menu; agak mahal juga ye.
menu; agak mahal juga ye.

Log : Sehari di Mabul (bhgn 1)

8 –  Habes makan, kemas beg untuk ke Pulau Mabul. Kena tunggu bot sampai pukul 9, dia cakap. Checkout!

9 – 9:45 AM. Bot baru sampai. Pakcik dah tak senang duduk dah, nak. Nak maki hamun siapa pun pakcik tak tahu, maklumlah, pakcik baru pertama kali nak naik bot. KofKofKof!

10 – Sepanjang perjalanan, bersungguh-sungguh aku menikmati pemandangan laut lepas. Kejap biru, kejap hijau, kejap biru balik air dia. Nganga mulut sampai cecah air.

hijaunya air laut
hijaunya air laut

Log : Sehari di Mabul (bhgn 1)

biru pula yang ni
biru pula yang ni

11 – 11:00 AM. Sampai Pulau Mabul. Arah tuju seterusnya ke Scubajeff. Tempat memang sempoi. Laut jernih. Eleh, macam tak pernah tengok laut jernih.

ha kan? jernih gila!
ha kan? jernih gila!

12 – 11:59 AM. Kurang seminit untuk ke sejam tunggu untuk check-in Scubajeff. Lama baq hang! Lepas tu, kami dibawa ke chalet sebelah dan sebelah dan sebelah. Mula-mula, aku ingat, banyak gila chalet mamat ni. Rupanya, ada orang extend, kita yang dah tempah awal ni jadi mangsa. Management failed! Kami di “tendang-tendang”. Bukan kami je, ada 2 lagi kumpulan lain turut menerima nasib yang sama; budak-budak ni salah satunya.

weiiiii hiiiiii!!!
weiiiii hiiiiii!!!

13 – 1:02 PM. Ini adalah masa kesabaran diuji, memang tengah cari punca nak marah orang je. Tapi, kita kena rilek, jangan lekas termakan provokasi. Dengar cerita elok-elok, selesai cara baik. Dada kena lapang. Fikiran kena tenang. Muka mesti senyum. Biasalah masalah-masalah macam ni. Masa nilah nak tengok pendirian kita macam mana handle situasi tegang. Kuh kuh kuh!

14 – Akhirnya, setelah dipersetujui, kami dihantar ke Sphere Divers. Segala itinerary yang telah dirancang oleh Scubajeff, Sphere Divers ambil alih.

laut dekat sphere divers tak menarik, sebab banyak landak laut.
dasar laut dekat sphere divers tak menarik, sebab banyak landak laut.

15 –  Disebabkan makan tengah hari memang dalam pakej, bedal lah dulu. Tengok muka maseng-maseng pun dah macam kena kembung perut je. Tapi sebelum tu, brader dekat Scubajeff tadi belanja air Coke sebotol besar sebagai tanda minta maaf atas kesalahan. See! See! Haa!

Ok lah, sambung bahagian 2.

>>> Galeri Gambar <<<

1 reply on “Sehari di Mabul (bhgn 1)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge