Categories
Air Terjun Rekreasi

Lata Hammer

Lata Hammer adalah kawasan air terjun yang terpencil terletak di Bentong, berdekatan Bukit Tinggi. Dari Kuala Lumpur (melalui Tol Gombak, Selangor), ia mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke simpang laluan masuk Perting Valley Training Resort. Boleh keluar ke Bentong, atau Bukit Tinggi (ikut jalan lama, akan melalui kolam air panas).