Categories
BPLog Gunung Rekreasi

Trans Jerging (Suku – Irau) – bhgn 1

1. Agak lama juga aku ngidam trip ni. Walaupun namanya tak sehebat trans-trans yang lain, tapi, trek atau laluannya, tidak kurang hardcore-nya. Trans Jerging ni boleh kira trip yang jarang dibuat. Dalam setahun, mungkin 1 atau 2 kumpulan sahaja yang akan masuk ke laluan ini. Alasannya mudah, kedua-dua gunung tersebut boleh dibuat secara daypack.

2. Trans Jerging ni adalah trip hardcore pertama yang dikelola oleh Backpackers. Disertai oleh 16 orang, termasuk juru pandu arah dari OGKL, brader Jay Hamid dan 4 rakan yang lain.

Trans Jerging (Suku - Irau)

3. Trans Jerging ni diambil sempena nama sebatang sungai yang akan direntas oleh pendaki dari Gunung Suku ke Gunung Irau; Sungai Jerging.

4. Trip ni pada asalnya dirancang selama 2 malam, selepas berlaku beberapa sesi perbincangan antara pihak penganjur dengan guide, trip di-compress-kan kepada 1 malam. Ha kau, merasalah trip hardcore-compress walaupun sekejap.

25/4/2014
5. 0000 – Pembahagian ration dilakukan sementara menunggu peserta lain sampai. Terserempak pula dengan Ana and the gang. Mereka ke Gunung Benum, lagi hardcore. Selepas semua peserta sampai, kami ke RnR Rawang. Sapedek! Kemudian perjalanan diteruskan ke Cameron Highland. Lebih kurang jam 4 pagi sampai depan Petronas Brinchang. Tidur sekejap.

pembahagian ration
pembahagian ration

6. 0710 – Bbersiap dan sarapan. Cuak dan teruja bercampur dah masa ni. Tak tahu nak cuak tang mana, nak teruja tang mana. Lepas sarapan, buat laporan polis dan naik 4wd Abang Poji ke starting point Gunung Suku.

7. Perjalanan ke starting point mengambil masa selama sejam. Selama sejam ni lah kami layan view gunung-gunung sekitar Banjaran Titiwangsa sambil ber-selfie.

teruja dalam kecuakan
teruja dalam kecuakan

Trans Jerging (Suku - Irau)

Trans Jerging (Suku - Irau)

8. 0945 –  sampai starting point. Dengar taklimat ringkas, panaskan badan dan baca doa. Tepat jam 10 pagi, kami mulakan pendakian ke Gunung Suku. Pendakian diketuai oleh brader Jay dibantu oleh Mat Chong dan sweeper oleh Scapex dan Yaya. Nampak je Yaya ni macam comel-comel kakak-kakak, tapi hardcore ooo…

starting point
starting point

Trans Jerging (Suku - Irau)

Trans Jerging (Suku - Irau)

9. 1007 –  Mula dah trek mencanak perginya. Cuaca pun cantek. Layanlah trek hampir menegak ni selama 2 jam sebelum tiba di puncak tipu yang ditanda dengan tin minuman Milo, jadi kami panggil puncak Milo. Mungkin itu juga namanya. Dari puncak Milo ni, nampak lagi satu puncak yang tinggi. Puncak Suku kot tu.

Trans Jerging (Suku - Irau)

nampak tak dia punya curam tu?
nampak tak dia punya curam tu?

10. 1205 – Bergerak dari puncak Milo. Tak sampai 20 minit turun dari puncak tadi, ada sumber air terakhir sebelum puncak sebenar.

puncak milo
turun dari puncak milo
pendakian selepas water point
pendakian selepas water point

11. 1225 – Trek mencanak lagi selepas sumber air tadi. Memang tak bagi peluang langsung. Layanlah mencanak ni selama 2 jam 30 minit sampai ke puncak tipu. Puncak ni la yang kelihatan dari puncak Milo tadi. Ces! Ingatkan dah sampai. Sebelah kanan puncak ni, ada laluan ke campsite. Dari puncak tipu ni boleh nampak puncak suku dengan jelasnya. Rehat kejap. 5 minit!

puncak tipu sebelum puncak suku
puncak tipu sebelum puncak suku
puncak suku dibalik kabus
puncak suku dibalik kabus

12. 1405 – Sambung perjalanan. Kumpulan terakhir sampai ke puncak Gunung Suku jam 2:40 petang dan menjadikan masa keseluruhan dari starting point ke puncak Suku adalah, 4 jam 40 minit.

13. Di puncak, kami menikmati pemandangan yang kelabu cerah disebabkan oleh kabus selepas hujan. Masa ni pun gerimis sudah mula membisik.

puncak suku
puncak suku

14. 1530 – Sesudah selesai segala yang perlu, perjalanan diteruskan. Check point berikutnya adalah Kem Bear. Kem yang akan dijadikan lokasi bermalam.

15. Trek ke Kem Bear ni tak se-hardcore nak ke puncak Suku tadi, tapi sebab laluan sudah lama tak dipijak orang, maka kena menebas la jawabnya. Kerja menebas dilakukan oleh Jay, Mat Chong dan Shahrul. Kami, bawa pisau masak je. Heee.

16. Sepanjang perjalanan nak ke Kem Bear, hujan turun dengan lebat. Kami dilimpahkan dengan rahmat Tuhan 2 kali sepanjang sehari. Sekali sebelum sampai ke puncak tipu tadi.

17. Kami akhirnya tiba di Kem Bear beberapa minit sebelum waktu Maghrib menjadikan masa perjalanan kami dari puncak Suku ke Kem Bear adalah 4 jam.

kem bear
kem bear

18. Cerita banyak takde, sampai je kami pasang fly dan bentang ground sheet. Chef yang bertanggungjawab untuk menyediakan makan malam adalah Chef Jdee bersama pembantunya, Hanif dan Mat Ju. Aku buat air, kopi O outdoor dan teh O. Peeerrghhh!

Sambung sini.

Koordinat GPS : 4.556015, 101.323436 (Starting point Gunung Suku)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge