Categories
BPLog Gunung Rekreasi

Trans Jerging (Suku – Irau) – bhgn 2

Bahagian 1. Ok, kita sambung.

26/4/2014
1. Bangun awal prepare sarapan dan lunch pack. Pagi ni, Mira atau lebih dikenali secara outdoor-nya sebagai ‘makcik kantin’, menyediakan sarapan. Sementara itu, Jdee masak nasi untuk lunch nanti. Sesudah lunch pack ready, Awin sebagai orang dapur tambahan, packing lunch pack.

makcik kantin sedang meneyediakan sarapan, sambil jdee mentanak nasi
makcik kantin sedang meneyediakan sarapan, sambil jdee mentanak nasi
penyediaan lunch pack
penyediaan lunch pack. eh? mana awin?

2. Selesai sarapan, sahut ‘panggilan alam’ dan berkemas.

3. 1030 – Selesai berkemas, panas badan dan renggangkan otot. Kami memulakan perjalanan ke puncak Gunung Irau. Sungai Jerging direntasi. Selamat tinggal Kem Bear.

Trans Jerging (Suku - Irau)

4. 1130 – Tiba di puncak View. Dari puncak View, boleh nampak banyak gunung sekitar Banjaran Titiwangsa dan banjaran lain. Gunung Irau paling dekat sekali. Belakang je. Take 10!

pemandangan dari puncak view. suku di depan.
pemandangan dari puncak view. suku di depan.

Trans Jerging (Suku - Irau)

5. 1200 – Meneruskan perjalanan ke puncak Irau.

6. Sejam lebih selepas meninggalkan puncak View, kami tiba di simpang tiga yang menghubungkan laluan ke puncak Irau (kanan) dan Kem Bear (kiri). Terdapat kekeliruan setibanya di sini. Dek kerana jalan yang jarang dilalui oleh pendaki, kami tersasar lebih kurang 30 minit.

Trans Jerging (Suku - Irau)

7. Nasib baik Jay cepat menyedari yang kami tersasar dari laluan sebenar, dengan bantuan Scapex, kami kembali ke laluan asal. Dan ketika ini, hujan mula mencurah. Lebat.

8. Kami berehat seketika beberapa meter dari simpang tadi. Ada yang dah balun lunch pack. Nak lepak lama sangat pun tak boleh, sebab sejuk!

9. Beberapa minit selepas itu, kami meneruskan perjalanan. Boleh tahan penat dia. Masa ni condition aku agak jahanam jugak.

10. 1610 – Tiba di simpang Yellow – Irau.

11. 1614  – Puncak Irau! Alangkah bahagianya. Apa lagi, buka lunch pack bersama air kemenangan. Dekat puncak Irau kami rehat lama sebab nak recover kepenatan tadi. Sejam.

puncak irau
puncak irau
makan!
makan!
muuuuuuuuu!
muuuuuuuuu!

12. 1710 – Meneruskan perjalanan ke Mini Irau. Sejuk! Brrrrrrrrrrr!

13. 1837 – Rehat di Mini Irau. Kita overtime!

mini irau
mini irau

14. 1850 – Meneruskan perjalanan ke tangga kebahagiaan sebelum jalan masuk Mossy Forest, Gunung Brinchang. Sesiapa yang pernah ke Irau, mesti faham perasaan kami bila jumpa tangga tersebut.

15. 2100 – Kumpulan pertama tiba di pondok jalan masuk Mossy Forest. Kumpulan terakhir sampai jam 9:45 malam.

16. Ikut perbincangan asal, kami sepatutnya akan meneruskan perjalanan ke puncak Brinchang dan akan ke Pekan Brinchang melalui jalan hutan. Tapi, salah seorang peserta mengalami kecederaan dan tak mampu untuk meneruskan perjalanan, maka khidmat Abang Poji diperlukan. Kalau nak ikutkan, boleh je lagi nak teruskan, tapi bila dengar je pasal 4WD, semua tiba-tiba tak larat. Phbbbbbtt!

yeaay!
yeaay!

17. 2240 – Menaiki 4wd ke Pekan Brinchang. Ekspedisi pun tamat.

18. Tamat ekspedisi, kami bersihkand diri dan makan. Yang tak menariknya kat Cameron Highland ni, malam tak berapa nak ‘hidup’. Nasib ada kedai makan yang buka di Taman Sedia. Recovery time!

19. Kami bermalam di Kem Sungai Pauh dan menghabeskan stok makanan. Banyak ooo. Makan! Tidur! Makan! Esoknya, layan strawberi dan teh o panas. Fuuuh!

sungai pauh
sungai pauh
yeaaay!
yeaaay!

20. Kesimpulannya, Trans Jerging ni, best! Kemungkinan besar kami akan repeat. Tapi dengan full-circle – Suku, Irau, Yellow, Pass!

>>> Galeri Gambar <<<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge