Categories
Jalan-jalan

1 Hari Cameron Highlands

Assalamualaikum.

Nak jalan2 ke Cameron Highland untuk satu hari, tatau kemana? Meh sini, sedikit info untuk yang belum merancang perjalanan.

Sebelum memulakan pejalanan, eloklah periksa kenderaan, dan cuaca. Kalau musim hujan, tangguhkan dahulu. Jalan agak licin dan berbengkang-bengkok.

Ini adalah antara tempat yang rugi tak lawat jika ke tanah tinggi.

The Time Tunnel Museum (N4°29.829′ E101°23.715′)

Big Signage
Nostalgia kan? ; )

Terletak diantara Equatorial Hotel dan Brinchang Town. Kita dengan mudahnya boleh spot kedudukan muzeum (dibelah kiri) kalau kita memandu dari arah Equatorial Hotel dan the signage also big enough to attract us. Muzeum ni mengumpulkan semua barang2 dari zaman oldschool. Kira mengenang nostalgia zaman kanak2 lah. Antaranya, tin susu cap teko, bedak nyonya warna pink, kotak mancis cap superman tu pun ada. Jangan tak pergi. Camera dibenarkan!

Note: Caj masuk dikenakan sebanyak RM5 per person.

Tanah Rata (N4°28.229′ E101°22.640′)

Picnic ni bawah pokok ditiup angin sejuk.. ; )

Untuk port makan-makan, kalau nak berkelah ala-ala berpicnic kembang tikar bawak bekal sambil merasai udara segar hijau padang, elok lah ke Tanah Rata dikawasan tepi sungai berhampiran sekolah Convent. Terletak kira-kira 4.8KM dari pekan Brinchang. Ada taman permainan, tandas juga disediakan. Ada juga deretan gerai2 kat situ. Tepok dada, tanyalah pocket!

Sungai Palas Tea Plantation (N4°31.086′ E101°24.405′)

BOH - ini adalah toilet ye puan puan~
Entrance (Landmark)
Penat berjalan - kita minum dulu! Cafe yang disediakan (hotspot!)
Ladang Teh - Jom petik2!

Inilah dia BOH Tea Centre. Tempat ni sangat cantik, hijau saujana mata memandang. Kawasan parking disediakan, dan bolehlah belari2 dan berfoto2 di dalam kebun teh. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati teh panas segar BOH di Cafe (atau restaurant) yang terletak almost di hujung jalan. Kalau nak beli teh boh boleh ke kedai di hujung cafe.

Note: Tutup selepas 4.30 petang

The Big Red Strawberry Farm (N4°29.732′ E101°23.196′)

Kiri kanan kedai cenderamata. Rambang mata!
Nyum! Fresh!
Segar dari ladang!
Pilih yang mana nak..

Berada dibelakang Cactus Valley. Untuk pergi kesana, harus melalui Cactus Valley dan kita akan nampak signage yang sangat besar. Memang boleh nampaklah. Ladang ni besar almost 10 hektar. Boleh shopping pokok2 bunga, cactus, strawberry. Ada cafe yang menjual junk food  hasil dari strawberry dan juga kedai cenderamata. Yang best, pekerja2 kat situ tak kedekut ilmu untuk terangkan kepada pengunjung jika ada yang ingin bertanya. Jangan lupa cuba ice cream potong!

Shopping!

Borong! masak tomyam!

Disepanjang tepi jalan Brinchang dan Tanah Rata, boleh je shopping bunga2, buah2, sayur2 yang segar. Hari sabtu ada pasar malam. Boleh lah menikmati makanan orang tanah tinggi. Jangan lupa tawar menawar! Fridge magnet? semurah seringgit sebiji!

6 replies on “1 Hari Cameron Highlands”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge