Categories
Tidur

Albanjari Heritage Guest House, Melaka

Terletak di tengah bandar Melaka. Lebih kurang 4 -5 minit ke Jonker Walk. Beberapa langkah ke Sungai Melaka (Jambatan Pasar dan Jambatan Kg. Jawa). Sebelah Masjid Kampung Hulu.

Jambatan Kg. Jawa & Jambatan Pasar

Terdapat 3 jenis bilik, Queen Bed, Twin Bed dan dormitory room.  Setiap bilik dibekalkan dengan pendingin hawa dan kipas, kecuali dorm dengan kipas sahaja. Harga serendah RM30 sebilik/hari*.

sumber : http://www.hostels.com/hostels/melaka/al-banjari-heritage-guest-house/50876
sumber : http://www.hostels.com/hostels/melaka/al-banjari-heritage-guest-house/50876

Albanjari Heritage guest house (AHGH) mempunyai 9 bilik (termasuk dormitory room) dengan kesemuanya adalah non-smoking area. Untuk perokok tegar, ada disediakan balkoni ditingkat atas dan ruang legar ditingkat bawah, asalkan bukan dalam bilik :).

sumber : http://www.hostels.com/hostels/melaka/al-banjari-heritage-guest-house/50876

Antara kemudahan lain:

  • Wifi/LAN
  • Bilik Mandi/Tandas (terdapat 3 buah ditingkat atas dan beberapa di tingkat bawah)
  • Tempat letak kereta
  • TV dengan Astro Beyond
  • Bahan bacaan
  • Ruang tamu (Smoking Area)
  • Balkoni (Smoking Area/Lepak-lepak borak-borak)
  • Restoran
  • Masjid
  • Sewa basikal (RM10 sehari*)
  • ..Dan yang paling penting, layanan yang sangat mesra pelanggan.

Staff AHGH tidak lokek dengan senyuman dan peramah. Kita boleh tanya apa sahaja berkaitan Melaka, dari makanan hingga ke tempat-tempat menarik dengan selesa dan mereka sangat-sangat membantu.

Berbasikal

Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan kecil yang mungkin boleh diperbaiki antaranya;

  • Nyamuk – walaupun tingkap tertutup, tak tahu macam mana dorang masuk.
  • Bising – oleh sebab AHGH terletak di tepi jalan, bunyi bising dari kenderaan yang lalu-lalang tak dapat dielakkan

Pada mereka yang tak tahu kat mana nak lepak, atau tak rancang lagi tempat untuk tidur, AHGH boleh diletak dalam senarai dan boleh dipertimbangkan. 4.5/5 markah dari kami.

Untuk gambar dan info lanjut;

*perlu kemaskini dari Albanjari Heritage Guest House

5 replies on “Albanjari Heritage Guest House, Melaka”

Menarik ..x perasan plak ada tempat ni masa pegi sane ..Nyamuk?? aaa… errrr..aaaa…

[…] Lepas sarapan, kembalilah mekememekeme ke rumah persinggahan. Oh ye, rumah tu ada di-review oleh siapa tah kat sini. […]

Leave a Reply to btsdnalbnjri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge