Categories
Makan

Aroma Ikan Bakar, Jeram

Yuhuu!!

Ikan kak! Ikan bang! Murah je! Meh kak, bang!

Heee.. Siapa yang tak kenal, Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram. Antara restoran ikan bakar terkenal di Selangor.

Restoran ni terletak di Jalan Jati off Jalan Pantai Jeram, Jeram, Selangor. Memandangkan restoran sebelah laut, sambil makan sambil dengar desiran ombak. Feeling habes. Kalau pergi petang, boleh lah layan sunset. Cun!

Senja

Tapi, restoran ni selalu penuh, terutama malam hujung minggu, jadi, lupakan pasal ombak tadi. Heee.

Macam restoran ikan bakar yang lain, sini pun jenis pilih sendiri ikan, sotong, udang atau lain-lain. Lepas tu timbang, pilih jenis masakan, tunggu dan makan.

Ruang dalaman

Tempat makan ada jenis duduk bersila, jenis meja bulat atau meja untuk makan ramai-ramai.

Senarai harga

Tu dia, 3 meja penuh.  Tapi belum cukup menu ni, ikan siakap 3 rasa 2 set lagi tak sampai. Meriah wa cakap lu!

Hidangan

Bawah ni harga untuk semua menu atas tu. Murah kan? Kalau tak habes, boleh bungkus. Balik panaskan. Makan.

Harga

*tak banyak gambar sebab, gua lapar beb!

 

5 replies on “Aroma Ikan Bakar, Jeram”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge