Categories
Tidur

Teluk Senangin, Lumut Perak.

Orang kata kalau nak ‘Town Escape‘ cari tempat yang betul-betul jauh dari bandar. Jadi kali ni, aku ke Teluk Senangin bersama keluarga. Itupun lepas di introduce oleh sorang makcik yang pernah bercuti di situ. Katanyer, tempat ni sesuai untuk percutian keluarga. Aku pun cuba.

Categories
Makan

Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock

Masalah terbesar warga Kolumpo atau orang Key El – mencari tempat makan yang murah dan berbaloi. Food court memang berlambak. Especially yang dok kerja area Jalan Ampang, harga semua cekik darah. Kau letaklah ikan kembong goreng ala somalia + nasik + sayur sikit + kuah kari kosong, harga RM14 pun orang bayar gak Jemah ooi. Punya lah sadis. “No choices, me lazy to walk walk” – ayat standard la tu. Siapa nak berjalan tetengah panas tu kan? Cukup sebulan dah boleh ganti kulit. FOC. Takde siapa marah.

Categories
Makan

Mee Soto Pak Chat

Harini kita jalan-jalan carik mee soto. Kalau siapa yang tinggal area Sungai Besi atau kawasan berhampiran mesti tahu kot pasal Mee Soto Pak Chat ni. Ke yang rajin gi pasar Sungai Besi tu, perkara wajib mesti isi perut kat sini dulu.

Lokasi kedai, betul-betul dalam pasar Sungai Besi tu.

Categories
Jalan-jalan Rekreasi

Kota Kinabalu – Hari Ketiga

Hari Pertama | Hari Kedua

Aktiviti Pulau!

Hari yang ditunggu-tunggu – Island Hopping! Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Bot bertolak sekitar jam 9:00 pagi dan pulau pertama yang dituju adalah Pulau Sapi, diikuti dengan Pulau Manukan dan yang terakhir sekali adalah Pulau Mamutik.

Categories
Jalan-jalan

Kota Kinabalu – Hari Kedua

Bahagian 1

Selamat pagi Sabah!

Bergerak menuju ke Kundasang seawal jam 7.00 pagi. Untuk makluman, jam 7.00 pagi di Sabah adalah bersamaan dengan jam 8.00 pagi di Semenanjung Malaysia. Sudah terang benderang!

Categories
Jalan-jalan Makan

Kota Kinabalu – Hari Pertama

Bersempena dengan demam Dejavu di Kinabalu yang melanda pelusuk Malaysia baru-baru ni, kali ini kita merentasi Laut China Selatan. Ke Kota Kinabalu!! 2 jam perjalanan(penerbangan :p). KLIA – Terminal 2, KK.

Categories
Jalan-jalan

Pulau Tioman, Pahang

Hai, kita ke pulau pula. Pulau Tioman.

Dari Cyberjaya (12.30 tengah malam) + Lebuhraya Utara Selatan + Tol Ayer Hitam + Transit Bandar Kluang (ke arah Mersing) = 6 jam perjalanan. Jalan agak bengkang bengkok dan gelap. Hati-hati dengan lori dan juga lembu di sepanjang perjalanan. Sampai ke pekan Mersing jam 6.30 pagi dan sarapan.