Categories
Jalan-jalan

Big Bad Wolf

Hah! Siapa yang maseh ingat lagi kisah dongeng Big Bad Wolf? Kisah seekor serigala yang menyamar menjadi seorang nenek tua dengan hajat untuk memakan cucunya, Little Red Ridinghood. Tapi, hajatnya tak sampai apabila penyamarannya terbongkar dan dia dicederakan oleh penebang kayu dan dihalau ke hutan semula. Ringkasannya.

Kasihan.

image dari bigbadwolfbooks.com

Sekarang, Big Bad Wolf kembali. Bukan nak makan orang, tapi nak pastikan semua orang baca buku. Dan kini Big Bad Wolf bersama Red Readinghood. Dah jadi kawan eh?

image dari bigbadwolfbooks.com

Huh?!

Buku? Iya. Big Bad Wolf adalah penjualan buku terbesar di Malaysia. Besar macam mana? Sebanyak lebih kurang 3 juta naskah / biji / buah (pilih mana berkenan) dijual dengan harga yang gila, 75% hingga 95% diskaun!

20121215_171506

Murah tak? Lu gila kalau cakap tak.

Gua yang bukan ulat buku ni pun rasa macam, wuh! murah gila! Inikan pula mereka yang memang cacing buku. Kalau korang tak dapat figure murah dia, biar gua beritahu sikit, gua beli buku yang bernilai 45USD dorang jual dengan harga RM18. Cuba congak sikit.

20121215_171012

20121215_171450

Dari yang berkategorikan Self Help, bawak ke Family and Relationship sampai ke Travel. Segala macam ada. Tapi gua banyak jumpa buku memasak dengan interior design. Buku bahasa pun ada.

20121215_173000

20121215_182012

20121215_171341
Steady brader ni!
20121215_171520
Angkut satu family!
20121215_171914
Borong kak!
IMG00104-20121215-1754
haloh! haloh! haloh! sweetnya!
20121215_171950
“Foods that cause you to lose weight” hmmm.. menarik.
IMG00103-20121215-1751
Kitab-kitab untuk penggila Sudoku

Merchandise macam button badge, baju, beg dan banyak lagi, juga ada dijual. Kad kredit pun diterima. Apa salahnya berhabes sikit, ye dak?

Sedikit sejarah

Big Bad Wolf diilhamkan oleh sepasang suami isteri, Andrew Yap dan Jacqueline Ng. Mereka adalah tokey Bookxcess – kedai buku kecil di tingkat 3 Amcorp Mall yang diusaha bersama sejak tahun 2006. Dan sudah pasti mereka ni peminat buku.

Mereka mengembara hampir seluruh pelusuk dunia, hanya untuk mencari pengedar buku secara terus, dengan tujuan, dapatlah harga murah bagi menggalakkan orang membaca. Dan, wujudlah Big Bad Wolf!

20121215_171726
kiri
20121215_171720
tengah
20121215_171729
kanan

Tengok! Berapa banyak “dadah” untuk penagih buku.

Jadi, untuk yang belum berkesempatan tu, silalah kunjungi lokasi Big Bad Wolf sebelum kelewatan, sebab dah tak lama tu.

  • Lokasi : Mines Convention Centre (MIECC) – Dari dalam Mines Shopping Mall, naik tingkat 4  East Court, ada jambatan ke MIECC.
  • Sehingga 23 Disember 2012
  • 9 pagi sampai 9 malam (Jumaat-Ahad – 24jam)
  • untuk info yang banyak, sila ke http://bigbadwolfbooks.com/

bbw_ani

4 replies on “Big Bad Wolf”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge