Categories
Makan

Cendol Bakar Kuala Selangor

Hari ni drive tanpa arah tujuan, sedar sedar dah area Kuala Selangor.. magic!! Opss tersinggah kedai makan Cendol Bakar, Kuala Selangor. Biasanya kalau aku melintas kedai ni bila otw nak ke restoren femes Aroma Ikan Bakar, confirm dia punya beratur sangat panjang, orang dengan deretan kereta sama2 panjang. Kedai ni ada drive-thru okey~!!…

Ambil peluangĀ  jejaka2 hensem solat jumaat, so tak la crowded. Siap boleh pilih2 tempat duduk lagi. Ramai yang salah faham dengan nama kedai ni. Sebenarnya kedai cendol ini milik Encik Bakar, bukannya cara penyediaan cendol itu dibakar.. hahahaa gelakkan korang yang tertipu, termasuk diri sendiri.. marketing pakcik berjaya pakcik.. tahniah dari backpackers.my

Kedai Cendol Bakar, Kuala Selangor
Kedai Cendol Bakar, Kuala Selangor

Lepas parking kereta lamborghini, aku pun melenggang2 masuk kedai tu. Pakai high heel, so aku berjalan dengan sangat badut pasal halaman kedai ni hanya ditaburi batu2 kerikir supaya bila hari hujan tak la tanah merah jadi selut. Part ni nanti2 Pakcik Bakar repair la kot hehehe… sian aku jalan dah macam gadis sarkes berjalan atas tali halus.. *tanak kalah perumpamaan…

Drive Thru Cendol Bakar
Drive Thru Cendol Bakar

Atas ni gambar pintu gerbang drive thru. Tak try lagi serivce ni. Maklumlah meja banyak, better makan dan minum dalam kedai, banyak jugak pilihan cendol di sini. Haaa korang pilih lah. Aku pilih yang konon2 yang paling dasyat iaitu Cendol Durian Pulut. haaaa… Habis hebat dah tu kononnya kekeke. Adik pilih cendol VVIP a.k.a cendol pulut. Mak pilih cendol VIP a.k.a cendol biasa.

Pilihan Menu Cendol
Pilihan Menu Cendol
Cendol VIP, VVIP, Pulut Durian
Cendol VIP, VVIP, Pulut Durian

Korang tekalah mana satu Cendol VIP, VVIP, Pulut Durian yee.. kitorang sendiri kene rasa satu satu nak detact mana satu cendol kitorang.. hahaha! Kat sini ada beberapa kedai lain; kedai nasi ayam dara, kedai rojak dan kedai western. Pilihan kitorang nasi ayam dara (RM4) dengan rojak (RM4). Nasi ayam dara ok gak la, nasi banyak, ayam sesedap rasa, sos je sikit. Mungkin pasal aku memang suka hirup sos kot.. ok abaikan..

Rojak dia erm. ok la. Presentation rojak kurang menarik, bahan kurang, kuah sikit heee.. ok aku banyak komen.. mungkin boleh diperbaiki ceewah..

Nasik Ayam Dara dan Cendol Pulut Durian
Nasik Ayam Dara dan Cendol Pulut Durian
Rojak Udang
Rojak Udang

OK! Selamat mencuba! Kalau korang dah pernah sampai sini, nak tambah2 info ke, komen ke, ada cadangan tempat makan best ke, sudi2 lah bertandang ke backpackers yee… muax!!

GPS Koordinat : 3.301601, 101.291993

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge