Categories
Jalan-jalan

Chew Jetty

Hai! Lepak kat Chew Jetty jap, layan bayu laut selat Melaka. :D

Chew Jetty terletak di Pengkalan Weld atau Weld Quay, George Town, Penang. Berdekatan dengan terminal feri. Boleh kata sebelah je la, tak jauh mana pun.

Chew Jetty ni perkampungan tradisional yang dibina atas laut sejak berabad oleh pendatang dari China. Ia juga dipanggil Clan Jetties atau Weld Quay Jetties. Kira jeti keluarga adek beradek la ni.

Anjing ni sebagai sensor. Detect berapa orang keluar masuk
Anjing ni sebagai sensor. Detect berapa orang keluar masuk

Chew Jetty

Sepanjang Pengkalan Weld ni, terdapat 6 daripada 8 jeti kesemuanya, termasuk Chew Jetty, dan 2 daripadanya telah dirobohkan. Mungkin sebab tak selamat untuk didiami atau naik taraf pembangunan, kot!

Chew Jetty

Chew Jetty

8 jeti tersebut adalah, Chew Jetty, Lee Jetty, Lim Jetty, Tan Jetty, Yeoh Jetty, Chap Seo Keo (Mixed Clans Jetty), Peng Aun Jetty (dirobohkan) dan Koay Jetty (dirobohkan). Dan dalam 8 jeti ni, Chew Jetty paling besar.

Chew Jetty
Lukisan kat dinding rumah tu pun dah pudar

Chew Jetty

Struktur setiap rumah di Chew Jetty ni, maseh dikekalkan ke-kayu-annya. Dan yang penting, maseh selamat.

Lepak macam uncle tu. Sambil hisap rokok.
Lepak macam uncle tu. Sambil hisap rokok.

Chew Jetty

Chew Jetty

Kat sini juga ada homestay dan perkhidmatan bot. Ha, boleh la pusing pulau kot. Itu pun kalau cuaca mengizinkan. Terdapat juga beberapa kedai cenderamata di sepanjang jalan masuk ke jeti. Tapi bukan kedai, memang rumah penduduk situ.

Chew Jetty

Chew Jetty

Sesuai la jeti ni untuk lepak sambil hisap rokok dan merenung masa depan bersama kuaci sepeket. Jangan buang sampah merata. Hargai alam sekitar.

Ok. Selamat melepak!

GPS koordinat : 5.411405, 100.340881
Alamat :  Chew the Jetty, Weld Quay, 10300, Georgetown, Penang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge