Categories
Taman Tema

Desa Waterpark

Hai! Selamat Sejahtera. Dah mandi? Ehee :p

Ni, asyik makan je kan, mandinya idak. Moh kita mandi-manda dekat Desa Waterpark. Taman tema yang dikelilingi oleh 50 ekar tasik buatan. Besar tu. Macam-macam tarikan ada kat sini. Sesuailah bawa keluarga datang sini. Meriah!

Pintu masuk

Waktu operasi

  • Hari biasa: Tengah hari – 6 petang
  • Sabtu, Ahad dan cuti umum termasuk cuti sekolah : 10 pagi – 6.30 petang
  • Tutup setiap Rabu kecuali cuti umum dan cuti sekolah.
Surf Shack
Surf Shack
Tarzan in Town

Lokasi

Terletak sebelah lebuhraya KL -Seremban. Betul-betul sebelah highway. 15 minit dari KL, 20 minit dari Putrajaya. Dekat je.

Shock Wave
Shock Wave
Shock Wave

Kemudahan

  • Tempat letak kereta
  • Gerai makanan segera / Restoran
  • Kedai cenderahati
  • Sewa pelampung (RM6 – Single, RM10 – Double, RM5 – deposit)
  • ..dan banyak lagilah. Letih pula nak senarai satu-satu :p
Kemudahan
Locker / Bilik persalinan
Super Tube

Tarikan

Tarikan utama dekat sini adalah, Thunderbolt. Tapi masa gua pergi, banyak taman yang tutup, termasuklah Thunderbolt. Mungkin dorang nak renovate ke, atau tak ramai. Sebab pergi waktu kerja.

Tapi, Super Tube dengan Shock Wave tak kurang hebat. Untuk naik Super Tube, perlu pelampung dan ada had ketinggian kalau tak silap.

Taman tema ni juga rajin buat aktiviti permainan, sama ada mereka anjurkan atau pihak luar.

Harga

Untuk dewasa RM24. Untuk budak atas ketinggian 2kaki setengah RM17, kalau kurang, percuma. Jangan risau, dekat pintu masuk ada pengukur. :)

Boleh juga booking untuk kumpulan. Mungkin lebih murah. Juga ada pakej untuk sekolah, korporat, hari lahir dan kerajaan. Malah, boleh sewa dewan.

Papan tanda

Orait! Kalau nak info lebih, pergi ke web dorang.

Jom mandi! Kebuuuuuushhh!!

3 replies on “Desa Waterpark”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge