Categories
Jalan-jalan

Disneyland, Hong Kong

Ok! Kali ni kita berjalan-jalan ke dunia karektor yang tak asing lagi dari kita kecil hingga ke dewasa, dunia Walt Disney. Jom ke Disneyland Hong Kong!

Mercu tanda DLHK

Taman Tema Disneyland telah dibuka pada September 2005 di Penny’s Bay, Lantau Island.

Tips petama yang perlu kita ambil sebelum pergi ke Hong Kong, periksa keadaan cuaca/musim. Lebih bagus pergi ketika hampir hujung tahun. Almost winter. Selesa untuk berjalan sepanjang hari mengexplore tanpa berpeluh!

Pengangkutan paling mudah di Hong Kong adalah menggunakan MTR. Agak mudah membaca manual destinasi train di Hong Kong. Dipecahkan kepada beberapa jenis warna.

Untuk pergi ke Disneyland ambil MTR (line merah) ke Lai King, transfer ke Tung Chung (line orange) dan terus ke Sunny Bay. Di Sunny Bay, terus naik Disneyland Park train, memang khas untuk ke sana. Purata harga MTR ke Disneyland sekitar HKD17 (lebih kurang RM7).

Train khas untuk ke taman tema

Untuk masuk ke Disneyland, tiket boleh dibeli di kanter dan beratur agak panjang kalau weekend. Beli online pun boleh. Tiket agak mahal, HKD399, lebih kurang RM160. Tapi berbaloilah!

Tiket mahal! Jangan lupa ambil peta Taman Tema. Boleh sesat!

Disneyland terbahagia kepada 4 kawasan – Fantasyland, Tomorrowland, Adventureland dan Mainstreet USA. Silalah pusing satu hari suntuk! Rasa tak cukup. Dengan bunga-bunga hidup pelbagai warna, moskot dan karekter Walt Disney, rumah-rumah agam, permainan.. DAN! jangan lepaskan peluang naik Rollercoaster dalam SpaceMountain! tercabut jantung!

Welcome! Bangunan pertama selepas enter dari tempat jual tiket
Istana Kecil. Beratur agak panjang untuk naik boat! tapi berbaloi!
Menaiki boat menyusuri sungai dalam istana kecik. sepanjang sungai dipenuhi dengan karektor2 comel! best!

Tentang makan, agak mahal kat sini. Lebih baik bawa dari hotel. Dan makanan halal mungkin tiada. Ada pun junk-food  macam ice cream, potato chips dan coklat.

Ingat tak animasi apa ini?!
Perarakkan kereta bersama watak-watak Walt Disney

Kalau ke sana, jangan lepaskan peluang untuk tengok 4D show. Rajin-rajin rujuk jadual persembahan didalam brochure yang disediakan. Rugi tak tengok. Bila Donald Duck kentut, kita tercium bau nya! bila Donald Duck disiram air, kita juga basah!

4D's Show

Jangan lupa beli cenderamata. Harga memang agak mahal, tapi apa salahnya kan. Boleh shopping di booth-booth sekitar tepi jalan atau kedai2 yang banyak di USA Street. Rambang mata! Sediakan je wang dolarnya! Tak perlu jelajah dari satu kedai ke satu kedai. Penat aje! semua kedai letak harga yang sama.

Disney Castle

Selamat berbackpack!

1 reply on “Disneyland, Hong Kong”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge