Categories
Tidur

Dragon Inn Floating Resort

Dragon Inn Floating Resort yang terletak di pekan Semporna, adalah sebuah tempat penginapan yang dibina di atas laut cetek. Lokasinya yang berhampiran dengan Jeti Umum Semporna yang menghubungkan Semporna dengan Pulau Mabul, membuatkan ia menjadi pilihan kami kali ini.

Dragon Inn Floating Resort

Dragon Inn Floating Resort

Kami menginap di sini hanya untuk satu malam.

Dragon Inn Floating Resort

Sebelum tu, untuk ke Dragon Inn Floating Resort, kami menggunakan perkhidmatan teksi.  Boleh didapati di Lapangan Terbang Tawau. Masa yang di ambil dari Lapangan Terbang Tawau ke Semporna adalah 1 jam dengan bayaran RM90 satu perjalanan. Bayaran sewaan teksi boleh mencecah ke RM120 pada waktu malam.

Survey betul-betul untuk memastikan kita tidak ditipu, sebab ada pemandu teksi yang meletakkan harga sehingga RM150 pada waktu malam, dengan alasan, tiada pemandu yang sanggup ke Semporna pada waktu malam. Sebenarnya ada je.

Perkhidmatan van juga  ada disediakan. Satu van boleh memuatkan 10 orang, dengan bayaran RM200 satu perjalanan pada waktu siang dan RM220 pada waktu malam. Satu van, bukan satu kepala. Kalau tak silap, dorang panggil van tu, bas.

Ok, kita sambung.

Permandangan di Dragon Inn, memang cantik dengan kejernihan air laut, susunan bilik-bilik dan rekabentuk resort yang memberikan satu perasaan yang… entah… macam rileks. Lebih kuranglah.

Dragon Inn Floating Resort

Dragon Inn Floating Resort

Dragon Inn Floating Resort

Terdapat juga restoran, kedai cenderahati dan akuarium. Untuk masuk akuarium, percuma bagi yang menginap. Berbayar untuk pelanggan luar. Bukan akuarium sangat, macam tempat ternakan akuatik je. Ada ikan, ada penyu, ada udang, ada ketam.

restoran
restoran
Pintu masuk ke kawasan akuarium.
Pintu masuk ke kawasan akuarium.

Dragon Inn Floating Resort

Dragon Inn Floating Resort

sepatutnya ada penyu sini
sepatutnya ada penyu sini

Dragon Inn Floating Resort

Dragon Inn Floating Resort

Dragon Inn Floating Resort

Untuk bilik pula, kami memilih 4 bilik Budget Double Room dan 1 dorm (Longhouse).  Budget Double Room untuk 7 perempuan dan seorang kanak-kanak, manakala dorm untuk 2 orang lelaki. Semuanya 10 orang.

kanan rumah panjang, kiri bilik
kanan rumah panjang, kiri bilik kembar

Dragon Inn Floating Resort

Dragon Inn Floating Resort

Dragon Inn Floating Resort
Dorm atau mereka gelarkan, Long house

Dragon Inn Floating Resort

Dragon Inn Floating Resort
toilet untuk dorm, letaknya di luar.

Dragon Inn Floating Resort

Budget Double Room
Budget Double Room

Dragon Inn Floating Resort

Dragon Inn Floating Resort

Dragon Inn Floating Resort

Maklumat terkini harga bilik boleh dirujuk di Dragon In Floating Resort. 

Lepas daftar masuk ke Dragon Inn kami berjalan kaki ke pekan kecil Semporna untuk isi perut. Harga setiap menu hidangan boleh dikatakan mahal, tetapi agak terubat hati sebab kuantiti setiap hidangan agak banyak. Cuma, ye lah, tekak lain-lain, kan.

Dragon Inn Floating Resort

Dragon Inn Floating Resort

Secara keseluruhan, Dragon Inn Floating Resort ni, ringkas, rileks dan yang paling penting, selesa. Itu je yang boleh dikhabarkan sebab dah lama tak menulis. Bye!

OK. Kita jumpa di Mabul.
OK. Kita jumpa di Mabul.

2 replies on “Dragon Inn Floating Resort”

ade contact number dragon inn floating tak?sbb skrg website dragon inn dah takde..call pn tiada perkhidmatan.tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge