Categories
Makan

Food Court Padang Kota Lama

Yo! Selamat sejahtera! Ke Padang Kota kita.

Gua baru lepas ke Penang bulan lepas dengan geng backpackers yang lain. Apa lagi, cari tempat makan. Padang Kota dulu lah jawabnya. Tapi, bila masuk food court ni, tak tahu nak makan apa. Banyak sangat kedai. Nasib ada kawan pernah ke sana. So, sempatlah try beberapa jenis makanan. Tapi, yang gua tahu, pasembor. Bak kata orang Penang, pasemboq!

Pasemboq

Harga untuk pasembur ni ikut berapa banyak kita ambil. Macam makan yong tau fu. Satu pinggan ni, boleh makan 3 orang. Serius. Kalau makan sorang… eehe..ehee..

Char Kuewteow Udang
Sotong Kangkung – Mesti cuba!
Laksa Penang

Itu aje makanan yang sempai gua try kat food court ni. Banyak lah tu, kan? Banyak lagi sebenarnya makanan kat sini. Tak sempat nak try semua.

Harga, tak ingatlah pula. Tahu makan je kan. :p Tapi, kurang rm8 lah. Kecuali, pasemboq. Boleh sampai rm19 -rm25 kalau nafsu hantu raya. :D Jangan terkejut kalau boleh cecah RM50. So, hati-hati. :)

*nanti kalau tiba-tiba gua teringat akan harganya, gua update dekat komen eh.

Ramai juga pengunjung dan pencinta makanan datang sini. Kota makanan lah katekan. Sempoi bak hang!

Brader dua kedai ni memang sempoi

Peniaga-peniaga kat sini, sangat membantu. Kalau tak tahu nak makan apa, tanya je. Kalau takde, dorang akan suggest tempat lain. Sempoi!

7 replies on “Food Court Padang Kota Lama”

Bila datang sini, org kedai berebut-rebut nak ambik order kita. Sampaikan berpinar kita tak tau nak makan apa. Kalau tak berfikir pnjg, kemungkinan kita akan order dari kedai yg tak berapa sedap.

pst: harga makanan d Padang Kota Lama agak mahal (kata org tempatan la).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge