Categories
Taman Tema

Genting Theme Park – Outdoor

The Genting Outdoor Theme Park have been closed since 1 September 2013 to make way for the world’s first 20th Century Fox World, due to be completed by 2016.

Aaaaaa…. Ehem maaf. Echo dari roller coaster tak habes lagi. Ehe.

Weekend lepas gua naik Genting dengan 5 orang ‘kanak-kanak’. Happening + pening wacakaplu!

Ok, ni kronologi aktiviti seharian atas sana.

Naik

Kitorang pilih bas sebagai pengangkutan rasmi untuk naik atas sana. Ye, naik bas lebih menjimatkan dari kereta. Kalau tak naik bas, ini kos yang perlu diambil berat;

  • Tol pergi balik (tol Gombak) = RM10
  • Kereta Kabel (return) = RM12
  • Minyak kereta
  • Outdoor Theme Park (1-Day Unlimited Ride Pass) = RM54 (dah naik rm4)

Berbanding pakej dengan bas, RM58 je. Murah bukan?

Golden Package RM58
Golden Package RM58

Beli tiket dekat One Utama, sebelah New Wings punya bangunan dekat parking outdoor.  Selain One Utama, ada 4 lagi tempat penjualan tiket;

  • KL Sentral
  • Terminal Gombak
  • Pudu Sentral
  • Hentian Kajang

Beli tiket, tunggu bas kat terminal 10 minit sebelum bertolak. Sebab bas dia, sharp! Nasib sempat. Fuh!
Genting Theme Park
Perjalanan mengambil masa selama 50 minit, dari One Utama ke Genting Skyway, Gohtong Jaya. Tidur je lah.

Sampai je Genting Skyway, lenggang kangkung je lah jalan sebab tak ramai orang. Naik kereta kabel. Sampai atas, 10 minit.

Genting Theme Park

Genting Theme Park

Genting Theme Park

Outdoor Theme Park

Outdoor Theme Park kalau ikut jaraknya, tak jauh mana. Sebab memang dorang buat untuk suruh kitorang pusing satu mall tu, layan je lah.

Genting Theme Park

Sampai je pintu outdoor theme park, tunjuk tiket. Lepas tu dapat la wristband untuk bedal outdoor punya ride. FYI, wristband sekarang kalis air.

Malang sungguh bagi kami sebab ada beberapa rides yang under maintenance, termasuklah favorite ride gua, Space Shot! *berjalan lesu kecewa*

Genting Theme Park

Genting Theme Park
Cyclone ni dah lama sangat tutup

Genting Theme Park

Genting Theme Park
Kabus. Kalau bercakap keluar asap kat mulut. Macam kat eropah masa musim salji dalam tv tuuuuuuu!

20130119_120322

20130119_120327

20130119_120505

Apa yang sempat kitorang tunggang;

  • Cockscrew
  • Pirate Ship
  • Pirates Train (Rumah Hantu)
  • Boating
  • Flying Jumbo
  • Tea Cup
Genting Theme Park
Gua tak faham kenapa rumah hantu ni dibuka
Fyling Jumbo
Sebab hebat sangat rumah hantu tadi, gajah terbang ni kitorang naik dua kali. Hmphhh!

Boating

Genting Theme Park
Corkscrew, sempat 2 kali

Corkscrew

20130119_120204

20130119_115752

Tengok! Dengan gajah terbang, dengan cawan pusing-pusing, semuanya kitorang tunggang. Kena hayati erti ‘daripada takde langsung..’ hakhakhak!

Lepas layan beberapa rides, lepak ler makan. Apa nko tak lapar ke?  Bawak bekal kateko! Mee goreng. Tapi, mana cukup. Bedal sweet potato (RM2.50 = 100g) dengan chicken chop (RM12). Sedap gak. Sebelah Flying Coaster.

Genting Theme Park

Sweet Potato
Tunggu giliran je dah 15 minit.

Chicken Chop

Ni satu lagi, nak menunggu giliran dekat Flying Coaster, aduh. Cancel!

20130119_120652

Genting Theme Park

Genting Theme Park
Satu lane aje dah sejam lebih. Macam haram.

Kecewa sebab lama sangat, kitorang lepak dalam bas. Makan lagi. Huh!

Genting Theme Park
Bas ni kedai makan sebelah punya. Memang tempat makan pun.
Genting Theme Park
Tapi sayang, tingkap tak boleh buka. Lemas huh!

Take note, makanan atas sana lebih mahal dari kat bawah sini. Tergamak korang nak beli sosej cocok dengan buluh berharga RM1, kat atas sana jadi RM4. Kecuali kalau korang lapar sangat.

Genting Theme Park
Ayuh! Pulang!

Indoor

Disebabkan tak berapa nak puas menjerit kat luar, kitorang try menjerit kat dalam. Masa tak cukup nak try permainan lain sebab nak kejar bas pukul 8.30 malam, last bus. Tapi kitorang sempat try 4D Motion Master. Oseeemmm!!

20130119_183807

Untuk outdoor ni, kitorang tak amik pakej. Amik tiket Pay-Per-Ride Pass (RM8). Maknanya, nak main satu je permainan, beli satu je tiket. Tapi kalau banyak masa, nak main banyak, baik beli 1-Day Unlimited Ride Pass (RM32), segala mak nenek yang ada dekat indoor boleh main (kecuali Water Park, Video Games Park, Snow World dan Sky Venture).

Turun

Ok, masa untuk balik. Ni satu lagi masalah. Melilau cari jalan keluar. Takde hidayah sunggoh! Rasa macam, nak balik lagi jauh.

Masa balik ni, ramai pulak orang nak turun. Masing-masing dah nak terkencing takut kena tinggal bas.

20130119_201611

Akhirnya, kena tinggal juga!

Maka, tibailah bas apa yang ada. Biasa ada bas ekspres biasa terus ke Hentian Pekeliling. Tambang Rm5.20.

Selamat!

Ni ada nota sikit

  • Tiket boleh dibeli sehari atau dua hari atau tiga hari sebelum masa/hari kita nak naik.
  • Sila survey dulu apa-apa perkembangan kat atas sana, macam permainan apa yang offline atau apa-apa notis dari pihak Genting.
  • Bawa lah sweater/jaket. Sejuk oi!
  • Tengok ramalan cuaca. Kalau hujan, tiket yang dah dibeli, non-refundable.
  • Kepada yang tak uzur tu, surau disediakan. Outdoor ada, indoor ada. Wristband kalis air. Takde isu. Masing-masing punya hal.
  • Jika ditinggalkan bas yang kejam, jangan menggelabah. Ada bas ekspress Genting warna kuning. Bas tu last 8.45 malam. Bas tu akan berhenti di Hentian Pekeliling. Sampai hentian, ada pilihan pengangkutan lain, sama ada, bas tempatan, LRT (Aliran Ampang), Monorail atau teksi. Abaikan ‘ulat-ulat’ / prebet sapu kat terminal tu. Semak! Cas dikenakan sangat mahal dan mengarut (bergantung pada jarak dan kuantiti penumpang). Kitorang ada 6 orang, dorang nak cas RM120 sekali jalan. Alasannya, sebab lalu 2 tol. Phbbt!!

[Kemaskini – 14 Jun 2013] – Tiket naik rm2 dari harga yang tercatit dalam entry ni. RM60 adalah harga semasa.

13 replies on “Genting Theme Park – Outdoor”

nk tmbh, better pegi pakai kasut atau sandal yg susah nk jatuh. utk org yg jarang beriadah kat tmpt mcm ni, (cnthnye aku) mane la tau psl tu. so pls take note ya~

Kejkejkej…apsal tak cek sblm naik…kan tak.dapat naik… :p kasi gelak sama dier…ahahhaha..jap sambung balik gelak.jahat

Hihi. Singgah sini lps balik dari Genting. Oh. Rupanya bule yer masuk 4D tu walo tak beli tiket indoor. Alamak… rugi… Huhu

ha. buleh je. beli tiket per ride. 8 hengget la. awat tak singgah awai2 … heeeee….

pergh, mcm seronok je. :). sy bln julai nnt ade nk bwt trip ke sana dalam 4o org. jd cadangan saudara? ade ke pakej yg sesuai untuk sy tempah?

amboi. ramainya 40 orang. tak muat 1 bas tu. tak pasti ada ke tidak pakej ramai ramai ni. walau apa pun, better naik awal.
FYI, tiket dah naik ke RM60 (1 Utama). rm2 je naik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge