Categories
Makan

Gerai Buruk Tepi Jalan Williams

Holaaaa!

Makan jap. Dekat gerai buruk tepi Jalan Williams, also known as Williams Corner.

Kedai yang menghidangkan makanan dalam portion yang banyak. Cawan besar-besar dah biasa tengok. Mangkuk besar pun ada. Pinggan besar je belum biasa lagi. Taklah besar sangat, tapi, hidangan dalam tu boleh dimakan oleh 2 atau 3 orang. Banyak bukan?

Air gelas besar
Cabonara Pasta (Meatball)
Meatball Pasta with Arabetta Sauce
Nasi Goreng 2 Rasa / 2 Alam
kambing apa entah ni. Boleh makan untuk 2 orang - RM40
Nasik ni makan dengan kambing

Menurut tokey kedai, untuk hidangan kambing, boleh pilih, nak nasi atau tak. Kalau nasi habes, boleh topup dengan tidak ada bayaran. Free la tu. Tapi, serius, nasi dia gua tak dapat habeskan. Sebab dah kenyang kambing. Beeerk!

Save the best for last, ini feveret gua - Soda Herbs

Harga, tak murah. Better ask before order. Uncle William a.k.a Mail sangat friendly. A bit kasar kalau siapa tak biasa. Bagi gua, ok je beb. Menu yang ada dekat board adalah 30% sahaja, yang lebih, atas meja – kata beliau.

Apapun,  berbaloi untuk dicuba. Tak sedap, jangan datang lagi. Sedap, ajak kengkawan lain.

Lokasi, Taman Mayang Jaya, Petaling Jaya. Sesat tanya orang.

Ok. Gua makan dulu!

p/s : terima kaseh makcik Lolo untuk (kebanyakan) gambar :p.

8 replies on “Gerai Buruk Tepi Jalan Williams”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge