Categories
Gunung Rekreasi

Gunung Lambak

Gunung Lambak yang berada lebih kurang 5 km dari Bandar Kluang ini cukup popular sebagai salah satu lokasi pendakian oleh warga pendaki negeri selatan dan Singapura. Ia mudah di-“access” dan pendakiannya pula hanya mengambil masa lebih kurang sejam.

Gunung Lambak
Puncak kembar Gunung Lambak

Maklumat Gunung Lambak;

  • Ketinggian : 1673 kaki / 510 meter
  • Tahap kesukaran : ★★✫✫✫
  • Jarak ke puncak : 1.4km
  • Masa pendakian : 1 jam
  • Lokasi : Hutan Rekreasi Gunung Lambak, Kluang

Gunung Lambak

Gunung Lambak

Trek mendaki bermula di kawasan letak kenderaan Gunung Lambak Eco Resort dengan laluan bersimen sepanjang 8 minit berjalan. Laluan hutan menyusul selepas itu hingga ke puncak.

Gunung Lambak

Gunung Lambak

Gunung Lambak

Terdapat anak sungai dan air terjun kecil dalam Hutan Rekreasi Gunung Lambak ini. Hutan ini juga sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga seperti perkelahan dan bersantai-santai. Cuma, kawasan taman dekat kolam air nampak seperti kurang diberi perhatian dari sudut penyelenggaraan ketika artikel ini ditulis.

Kawasan perkelahan
Kawasan perkelahan

Gunung Lambak

Gunung Lambak

Laluan mendaki bermula dengan agak sedikit menaik.

Gunung Lambak
Trek pendakian bermula

30 minit mendaki, pengunjung akan tiba di kawasan lapang dipercayai kawasan untuk berehat. Terdapat papan tanda yang tertulis “SELAMAT DATANG KE GUNUNG LAMBAK” di sebelah kanan.

Gunung Lambak

Belakang papan tanda tersebut, terdapat laluan untuk ke puncak Gunung Lambak dan puncak kembar.

Di kawasan lapang tadi, terbahagi kepada dua laluan; satu laluan curam berakar, satu lagi laluan tanah runtuh. Pendakian ke puncak mengambil masa selama 30 minit dari sini

Trek curam bermula
Trek curam bermula

Laluan tanah runtuh agak sukar berbanding laluan berakar.

Gunung Lambak

Boleh digambarkan, ketika hujan laluan akan jadi berbahaya, jadi perlu lebih berhatihati mendaki ketika basah.

Gunung Lambak
Curam!

Gunung Lambak

Kawasan puncak menempatkan sebuah stesen pemancar telekomunikasi dikawal selia oleh pihak Telekom. Dahulunya, ia adalah sebuah stesen pemancar tv RTM, namun ia tutup secara rasmi pada tahun 1983 setelah sebuah pemancar tv siap dibina di Gunung Ledang pada tahun sama.

Sampai!
Sampai!
Sekitar kawasan puncak
Sekitar kawasan puncak
Gunung Lambak
Pemandangan bandar Kluang
Beruk!
Beruk!

Untuk laluan turun pula, pengunjung ada 2 pilihan. Sama ada, turun ikut lauan naik tadi, atau ikut laluan belakang stesen pemancar.

Gunung Lambak

Pondok
Pondok

Jika memilih untuk santai, ikut laluan laluan belakang. Masa perjalanan sama, 30 minit sampai ke papan tanda besar tadi. Jarak pula agak jauh sedikit.

Laluan turun dari pondok
Laluan turun dari pondok

Dari puncak Gunung Lambak ke puncak kembar hanya sejauh 1km.

Gunung Lambak

Setibanya di papan tanda besar tadi, laluan turun adalah sama, sampailah ke kaki gunung. Gunung Lambak ini juga menjadi lokasi pilihan pengunjung untuk menikmati suasana matahari terbit.

Namun, perlu diberi perhatian jika meletakkan kenderaan di kawasan letak kenderaan berikut pernah terjadi beberapa kejadian pecah kereta dan samun di awal pagi.

>>> Galeri gambar <<<
GPS Koordinat : 2.025048, 103.344268

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge