Categories
BPLog Rekreasi

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh) – bhgn 1

Tiadalah dalam masa terdekat, atau lebih senang disebut, dalam tahun ini, aku hendak mendaki Gunung Tahan ini. Akan tetapi, dek kerana terlihat di news feed fb akan event yang dianjurkan oleh owner Nature Explorer, Abang Sham Castello, hati ini melantunkan keinginan ke saraf otak dengan menghantar isyarat ” jom!”, maka dengan tak semena tercatatlah di kalendar di bawah tag ‘Outdoor’ dengan tajuk, ‘Gunung Tahan’ 2 purnama sebelum tarikh kejadian.

Ok. Kita buka log pendakian. Penat ah nak buat ayat konon-konon novel ni. :p

Trip ni berlangsung selama 3 hari 2 malam dan disertai seramai 36 orang peserta. Pada kadar biasa, pendakian Gunung Tahan melalui Kuala Juram dan turun juga di Kuala Juram mengambil masa selama 4 hari 3 malam. Kalau nak santai-santai lagi, 5 hari paling lama. Tapi, trip ni, menurut Abang Sham, compress sehari. Jimat hari dan cuti.

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

Menurut Abang Sham lagi, bukanlah compress mana pun, memang boleh je buat 3 hari 2 malam. Malah, day hike pun boleh. Tapi, jantung musti mau pakai bateri. :D

13/6/2014
Berkumpul dekat LRT Gombak. Kali ni bergerak dengan bas. Lama juga tak naik bas untuk trip luar KL ni. Perjalanan ke Merapoh ambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Tidurlah jawabnya. Kami sarapan di Kg. Merapoh.

LRT Gombak
LRT Gombak

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

14/6/2014
8:37 pagi – Tiba di pejabat Taman Negara Pahang, Sungai Relau. Punggah beg untuk sesi pengisytiharan barang-barang yang hendak dibawa mendaki. Segala mak nenek yang ada dalam beg tu kena declare. Jenuh la nak kira satu-satu.

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

9:45 pagi – Taklimat berkenaan pantang larang semasa mendaki Gunung Tahan, do and don’t dan recap itinerary.

Masa kami sampai, kami disambut dengan lebah-lebah yang sedang berjuang mencari sumber mineral. Rupa-rupanya, memang masa ni musim lebah sedang aktif.

Ready!
Ready!
Vrooooom!
Vrooooom!

10:00 pagi –  Memulakan perjalanan ke Kuala Juram sejauh 14km dengan 4wd. Ada la dalam 30 minit (lebih kot).

11:15 pagi –  Tiba di Kuala Juram. Taklimat perjalanan. Pemberitahuan kat mana patut berkumpul semula dan target destinasi. Dekat sini, lagi banyak lebah.

Kuala Juram (Starting Point)
Kuala Juram (Starting Point)

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

11:22 pagi – Memulakan pendakian dari Kuala Juram.

Ayuh!!!
Ayuh!!!

11:33 pagi – Lintasan sungai yang pertama. Trek maseh rilek.

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

11:39 pagi – Lintasan sungai kedua. Trek dah mula naik turun.

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

12:13 tengah hari – Lintasan sungai ketiga.

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

12:43 tengah hari – Lintasan sungai keempat. Tiba di Kuala Luis pada ketinggian 306 meter. Lunch time!

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

Kuala Luis.
Kuala Luis.

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

12:54 tengah hari – Meninggalkan Kuala Luis. Destinasi seterusnya; Lata Luis – 6km lagi. Fuuuh! Baru berjalan 5km, ada lagi dalam 27.5km untuk sampai puncak. Itu, esok punya cerita.

Lata Luis
Lata Luis

2:43 petang – Tiba di Lata Luis. Cari hidayah jap. Layan view air terjun.

Lata Luis
Lata Luis
Kem Kor.
Kem Kor.

3:54 petang – Tiba di Kem Kor. Campak beg, pasang fly, pacak khemah… Kedebush! Segaq baq hang.

Kedebushhh!!! Sejuuuuk!!
Kedebushhh!!! Sejuuuuk!!

Kalau ikut itinerary asal, sepatutnya bermalam di Kem Kubang (dalam 7km lagi), tapi, memandangkan tiba agak lewat di Kem Kor, maka… jangan banyak cerita, bersedia untuk menikmati waktu malam yang tenang di tepi sungai. Masa malam yang agak panjang. Bersantai-santai sambil bersantai-santai dan bersantai.

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

Menu makan malam mewah. Ayam masak merah, kacang panjang goreng dengan cendawan dan ikan kering. Aduuuuuuhhh!

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

bersambung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge