Categories
BPLog Rekreasi

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh) – bhgn 2

>> Bahagian 1 <<

Difahamkan, hari ke-2  ni agak mencabar. All the way up! Oh! Maaaan! Sayang nak tinggalkan Kem Kor sebenarnya. Bayangkan, kau lepak berborak, tiba-tiba rasa dahaga, selamba kau ceduk air sungai lepas tu minum. Dah feeling feeling dalam syurga kata kau! Mih! Mih! Mih!

15/6/2014
Suboh dan bersiap untuk sarapan. Kemas tempat tidur. Takyah mandi, sejuk. Sempat ‘beriberi’ –  ini adalah wajib sementara ada sumber air. Kalau tidak, jenuh nak cari daun lebar-lebar. Air nak pakai sampai puncak. Ada 20 lebih km lagi tuuuu! Walaupun setiap kem ada sumber air, tapi tak se-syurga Kem Kor.

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

6:30 pagi – Taklimat pendakian. Meneruskan perjalanan dari kaki Gunung Tahan – Kem Kor. Mencanak!

7:30 pagi – Tiba di Kem Permatang. Ada yang dah tibai lunch pack. 

Kem Permatang
Kem Permatang

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

10:00 pagi – Tiba di Kem Kubang.

trek mencanak sebelum ke kem kubang
trek mencanak sebelum ke kem kubang
Kem Kubang
Kem Kubang

11:00 pagi – Tiba di Kem Blumut. Dah nampak puncak dari sini. Tak sabar dah ni.

Kem Blumut
Kem Blumut

12:39 tengah hari – Bedal lunch pack atas puncak tipu selepas waterpoint sebelum puncak view / Kem Bonzai.

lunch time!
lunch time!

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

2:34 petang – Tiba di Kem Bonzai. Power nap! Puncak dah depan mata.

Kem Bonzai
Kem Bonzai
Tadaaaaa!
Tadaaaaa!

3:00 petang – Meneruskan perjalanan ke Kem Botak. Dari sini nampak macam dah tak jauh.

lek lu!
lek lu!

4:35 petang – Tiba di Kem Botak. Campak beg. Minum petang.

Kem Botak
Kem Botak

5:26 petang – Meneruskan perjalanan ke puncak.

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

6:00 petang – Tiba di puncak. Bergambar sakan sampai senja.

puncak!!!
puncak!!!

Puas bergambar dekat puncak. Tak boleh nak duduk lama sangat, sejuk. Angin kuat. Turun bawah sikit layan sunset. Syahdu. Sayang pulak nak tinggalkan puncak masa ni. Pemandangan yang… entah. Hilang kata-kata. Inilah salah satu sebab kenapa aku mendaki.

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

Turun ke Kem Botak. Pasang khemah dan fly. Set-up tempat tidur. Makan. Tidur.

16/6/2014
Suboh dan bersiap untuk turun. Hari ni, terus turun ke pangkal jalan. Compress-kan hari. Tapi, berat juga hati nak turun. View pagi atas ni macam tak bagi kami pulang.

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

view pagi. jauh... nuuuuuuun...
view pagi. jauh… nuuuuuuun… di sana…

7:00 pagi – Taklimat perjalanan. Mulakan perjalanan ke Kuala Juram.

9:29 pagi – Tiba di puncak view.

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

2:41 petang – Tiba di Kem Kor.

3:21 petang – Tiba di Lata Luis. Basahkan badan.

5:47 petang – Tiba di Kuala Luis.

7:30 petang – Kumpulan terakhir tiba di Kuala Juram. Campak beg. Baring tengah jalan!

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

Berjaya menamatkan ekspedisi. Sejam jugak nak tunggu 4wd sampai. Puas! Dah siap berkemas, mandi-manda, ada pulak bunyi-bunyian menerjah ke gegendang telinga, “lepas ni, try naik dari Kuala Tahan pulak…” Hah!?? OK jeeeeeeee…! Tunggu tahun depan.

2 replies on “Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh) – bhgn 2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge