Categories
Tidur

Kinabalu Mountain Lodge

Kinabalu Mountain Lodge, yang sebelum ni dikenali sebagai Tinompok Resort adalah tempat penginapan beralaskan kaki Gunung Kinabalu. Kalau lu orang fikir nak rileks, nak tenang, nak termenung, nak rasa bebas macam kupu-kupu, sinilah tempatnya.

Kinabalu Mountain Lodge terletak 3km dari pintu masuk Kinabalu National Park dan lebih kurang 15 minit ke Desa Dairy Farm Kundasang.

Kinabalu Mountain Lodge
Kinabalu Mountain Lodge

Lokasi Kinabalu Mountain Lodge ni terpencil sedikit, 2km dari jalan utama. Jadi, silalah prepare apa patut sebelum masuk bilik, sebab, kalau tidak, kedai runcit terdekat terletak di bahu jalan nak ke Pekan Kundasang (10 minit) dan Pekan Nabalu (16 minit). Dan tutup jam 5 petang. Itu yang gua perasan la.

Laluan yang sempit
Laluan yang sempit

Ok, berbalik pada Kinabalu Mountain Lodge tadi. Struktur lodge ni hampir 100% daripada kayu. Oleh sebab ia kayu, jadi, kalau lu berjalan atau mengumpat, memang dengarlah satu lodge. Apa lagi kalau laki bini nak honeymoon sini… Maaf, ter-tak sopan pula.

Bawah tangga ni ada kedai serbaneka kalau tidak silap
Bawah tangga ni ada kedai serbaneka kalau tidak silap

Ok, gua bagi point-point penting untuk kategori berikut.

Persekitaran:

  • Kemas dan bersih.
  • Pekerja yang sangat mesra.
  • Sangat mendamaikan. Bayangkan sahaja pemandangan gunung-ganang diwaktu pagi dengan simbahan cahaya matahari, tenang bukan?
  • Ketika hujan, kabus boleh menjejaskan kadar jarak penglihatan, jangan risau, tidak bahayakan kesihatan.
  • Pada waktu malam, di balkoni utama atau ruang legar lodge dipenuhi dengan serangga seperti kupu-kupu, mentadak, kalkatu, kumbang, kelip-kelip dan beberapa serangga yang pandai terbang. Ia agak menjengkelkan.
  • Disebabkan jalan masuk tidak berturap (hanya bersimen di beberapa tempat), maka, hujan mengundang peningkatan alkali. Ini bermakna, jalan akan jadi sangat licin. Dengan tahap kecuraman melebihi 15% di beberapa tempat, ia sangat membahayakan, terutama bagi kenderaan pelbagai guna (yang bukan 4×4) dengan muatan.
  • Jalan menuju ke lodge adalah sempit.
Bahagian paling mencabar. Gua takkan lupa. Gear 1 pun tak boleh naik.
Bahagian paling mencabar. Gua takkan lupa. Gear 1 pun tak boleh naik.
Kabus waktu pagi
Kabus waktu pagi
Pemandangan jalan menuju lodge, dari balkoni.
Pemandangan jalan menuju lodge, dari balkoni.

Kemudahan :

  • Setiap bilik hanya ada 1 soket plug, jadi, pandai-pandailah catu penggunaannya.
  • Tiada kipas atau air-cond disediakan, sebab keadaan cuaca di sana sudah cukup dan sangat sejuk (purata suhu 12 – 24 darjah celcius). Terutama pada waktu malam. Perlukan 2 3 lapis selimut.
  • 2 tandas di dalam, dan 4 tandas di luar.
  • Water heater disediakan, tapi terhad.
  • Perkhidmatan mencuci pakaian.
  • Ruang bacaan dan santai sambil menonton tv (astro).
  • Sarapan pagi (datang dengan pakej atau berbayar).
  • Ruang BBQ dengan 2 dapur membakar.
  • Dapur.
  • Ruang meletak kenderaan
  • Kedai serbaneka (tapi gua tak sempat jengah)
Bilik mandi dalam
Bilik mandi dalam
Bilik mandi luar
Bilik mandi luar
Mesin basuh
Mesin basuh
Dapur
Dapur

Bilik yang disediakan (harga pada kadar entry ini ditulis) :

  • Dorm (4 orang dan 6 orang) – RM30 / orang
  • Double – RM90 / bilik
  • Japanese – RM 90/bilik (2 orang) dan RM120/bilik (4 orang)
  • Family – RM110/bilik (2 orang) dan RM140/bilik (4 orang)
  • Full house – kalau nak tapaw semua bilik, RM1500 (2 dorm, 3 double, 4 japanese dan 4 family)

Oklah, banyak dah gua bebel tu ha. Baki gambar, gua letak bawah, sebab banyak sangat. Tak reti nak buang mana satu. Lagi satu, gua tak power tangkap gambar, layan je lah mana yang kabur ke, gelap ke, yang penting, sampai lah apa yang gua nak sampaikan.

Pisyo!

This slideshow requires JavaScript.

GPS Koordinat : 6.011961, 116.534630
Alamat : Kampung Tinompok, Kundasang, Kota Kinabalu
Tel : 016 8104909 / 088 244449

2 replies on “Kinabalu Mountain Lodge”

Hi Katak,
Kami nak plan buat backpakers for the 1st time to kundasang..nak tanya apa tempat berdekatan yang menarik untuk kami kunjung selama 3 hari 2 malam (estimate days) dan tempat makan yang ada kat sane..mintak your recommendation please for guidance us! thank you very much!

Regards
Naz

Hi naz,

Kalau kat Kundasang, sebelah lodge ni ada Kinabalu National Park, boleh lepak lepak kat kaki gunung KK, ada post untuk lepak, view lawa kalau tak hujan dan kurang kabus. Lepas tu boleh pergi ke pekan Kundasang, lepak dekat Desa Dairy Farm. Bagi makan lembu lembu dan kambeng kambeng. Lawa view sini. Must visit. Dairy farm ni buka pukul 10 tak silap. Kat pekan ni juga ada pasar tani.

Lepas tu, boleh pergi Poring Hot Spring. Kat sini bukan setakat ada kolam kolam air panas je, ada trail ke Gua Kelawar, dalam 1 jam trekking/hiking. Sebelum sampai Gua Kelawar, ada air terjun Kipungit. Sini menarik.

Dalam kawasan air panas ni juga, boleh layan kanopi walk. Lepas tu, ada la beberapa lagi tempat utk dilawati dalam tu. Kalau ada stamina sikit, boleh terus ke Air Terjun Langanan lepas Gua Kelawar. Dalam 2 jam trekking.

Lepas tu, kalau nak shopping barang tempatan, boleh ke Pekan Ranau. Lokasi pekan ni, sebelum sampai Kundasang. Tutup pukul 5.

Dekat area Poring Hot Spring tadi, ada tempat nak tengok bunga refleslia. Kalau ada masa boleh pergi.

Tempat makan, maaf. Selera orang semenanjung dengan Borneo ni lain. Boleh kata, kebanyakan makanan dorang, tak boleh masuk dek tekak, kecuali seafood. Jadi, takde tempat makan yg boleh disyorkan.

Tips tambahan, pukul 5 semua kedai tutup. Malam memang mati sini. Kecuali beberapa kedai makan dekat Pekan Ranau dan Kundasang. Kalau cuaca hujan, jalan sangat berkabus dan licin. Pukul 1 petang ke 2 petang, masa lori jalan, mungkin akan sesak.

Harap membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge