Categories
Jalan-jalan

Kota Kinabalu – Hari Kedua

Bahagian 1

Selamat pagi Sabah!

Bergerak menuju ke Kundasang seawal jam 7.00 pagi. Untuk makluman, jam 7.00 pagi di Sabah adalah bersamaan dengan jam 8.00 pagi di Semenanjung Malaysia. Sudah terang benderang!

Sementara nak ke Kundasang, singgah sebentar ke jambatan gantung Tamparuli. Jambatan Tamparuli ni memang terkenal kat sini. Kagum melihat orang tempatan yang boleh menyeberangi jambatan tersebut dengan pantas sekali. Goyang kot!

Keadaan jambatan agak uzur
Long hanging bridge
Pemandangan Gunung Kinabalu yang sungguh cantik dan jelas jika dilihat dari sini
Gunung Kinabalu

Akhirnya tiba ke tempat dituju – Poring Hot Spring, Kinabalu Park. Di sini terkenal dengan kolam air panas. Canopy walk pun ada sini.

Kolam mandi air panas
Untuk sampai ke jambatan gantung, pelawat dikehendaki mendaki setinggi 550 meter.
Mendaki sebelum sampai canopy walkway
Pokok yang bersawang
Finally, canopy walkway
Gayatkan diri anda. Wuhuuu!

Destinasi seterusnya ke New Zealand! Eh? Jika mahu merasai kehidupan ala-ala di New Zealand, sinilah tempatnya – Desa Dairy Farm, Kundasang. Waktu untuk melihat lembu diperah susu adalah pada jam 2.30 petang. Walaupun udara di sini sangat nyaman, namun bau agak kurang enak ya kawan-kawan.





Selesai layan bau tahi lembu kat Kundasang, kita balik ke KK semula. Sempat singgah Kinabalu Park. Tempat di mana, para pendaki yang bercita-cita tinggi akan berkumpul untuk naik ke Gunung Kinabalu. Tapi ketika ni, hujan lebat. Malang sekali.

Lupakan tentang Kinabalu Park tadi. Kita ke tempat menarik lain, Rumah Terbalik. Rumah Terbalik ini berdekatan dengan Jambatan Tamparuli. RM10 untuk masuk.

Selamat datang ke Rumah Terbalik



Pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar semasa berada di dalam rumah tersebut. So, luar pun jadilah.

Esok hari, kita jelajah pulau-pulau di Kota Kinabalu pula. Stay tuned!

5 replies on “Kota Kinabalu – Hari Kedua”

Leave a Reply to backpackers.my Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge