Categories
Jalan-jalan Makan

Kota Kinabalu – Hari Pertama

Bersempena dengan demam Dejavu di Kinabalu yang melanda pelusuk Malaysia baru-baru ni, kali ini kita merentasi Laut China Selatan. Ke Kota Kinabalu!! 2 jam perjalanan(penerbangan :p). KLIA – Terminal 2, KK.

Awan nano berdejavu di atas sana
Cuaca mendung di Kota Kinabalu.

Sementara menunggu untuk check-in di hotel, apa kata kita cari cenderamata, ikan masin dan mutiara yang terkenal di Sabah. Tempat yang harus dituju adalah Pasar Ikan Masin dan Pasar Filiphino di Bandar Kota Kinabalu. Antara yang menarik di Sabah selain mutiara sudah semestinya Kuih Cincin dan Pisang Salai (sorry takde gambar).

 

Ikan masin sebagai cenderahati pun boleh
Ini namanya Gamat, kawan-kawan
Sekitar Pasar Besar Kota Kinabalu

kerongsang mutiara
Gelang tangan

Tak sah kalau tidak menikmati seafood kat Sabah bukan? Tempat untuk makan malam hari pertama adalah di Anjung Perdana, Tanjung Aru.

Tongkeng atau bontot ayam.
Butter-prawn yang superb
Ikan lupa nama apa, masak sweet sour
Tomyam campur, terbaik.

Perut dah kenyang, maka marilah kita bersiap sedia untuk beradu kerana perjalanan ke Kundasang esoknya akan mengambil masa yang agak lama.

4 replies on “Kota Kinabalu – Hari Pertama”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge