Categories
Rekreasi

Kursus Asas Survival

Kursus Asas Survival yang dianjurkan oleh Abotshop dan NH Outdoor ni bertujuan mengajar peserta untuk meneruskan hidup jika tersesat atau terpaksa menetap di dalam hutan melebihi masa yang sepatutnya tanpa peralatan yang lengkap. Sehelai sepinggang lah orang cakap.

Selamat Datang ke Hutan Lipur Sekayu
Selamat Datang ke Hutan Lipur Sekayu

Lokasi kursus yang aku sertai ni berlangsung di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, di kaki Gunung Gajah Terom selama 3 hari 2 malam. Seramai 24 orang yang menyertai kursus ini majoritinya mempunyai minat yang sama, panjat gunung. Kesemuanya sangat berpengalaman berbanding aku yang baru merangkak-rangkak mencari ilmu.

Pendaftaran
Pendaftaran

Apa yang diajar? Antaranya;

  • cara-cara mendapatkan air bersih
  • membuat shelter / tempat berlindung
  • mencari makanan
  • mengenal pasti jejak haiwan liar
  • apa yang perlu dilakukan jika bertembung dengan haiwan liar
  • mencari sumber air di tempat yang tidak mempunyai punca air
  • …dan banyak lagi.

Sebelum kursus bermula, kami dibekalkan dengan survival kit. Kandungan dalam survival kit itulah yang digunakan untuk meneruskan hidup. Apa yang terkandung adalah, beberapa gram tepung, beberapa gram garam, mata kail, tali tangsi, pin baju, lilin dan pemetik api.

Survival Kit. Bagi memudahkan api untuk menyala, sila pakai pemetik api 1 Malaysia.
Survival Kit. Bagi memudahkan api untuk menyala, sila pakai pemetik api 1 Malaysia.

Hah! Bayangkan, benda-benda ni je yang ada untuk terus hidup dalam hutan. Nasiblah camp site dekat dengan sungai. Dan sungai tu pula ada banyak ikan dalamnya. Selamat! Tapi, untuk aku yang tak berapa reti nak memancing ni, masalah juga.

Pada hari pertama, kami diajar untuk mencari makan, membuat shelter, mencari air, menapis air dan beberapa teori survival. Hari pertama jugalah belajar memancing ikan. Ia menjadi tekanan bila, orang lain dah bersusun ikan tunggu nak dibakar, yang kau, sekor pun tak dapat lagi. Jadi, hari pertama agak memberi tekanan kepada kebanyakkan peserta. Tekanan sebab takde makanan je. Tapi, ramai juga yang tak reti memancing ikan dan menjadi mahir pada hari pertama. Hebat bukan?

Kursus Asas Survival

Kursus Asas Survival

Solar still - salah satu kaedah untuk mendapatkan air.
Solar still – salah satu kaedah untuk mendapatkan air.
kaedah penapisan air
kaedah penapisan air

Aktiviti yang paling best hari pertama adalah, peserta dikehendaki tidur di shelter maseng-maseng secara solo. Macam sesi burung hantu, tapi kau berada di shelter sepanjang malam. Ha. Buat unggun api, buat shelter, cari makan dan masak secara solo. Tapi, peserta perempuan berpasang. Untunglah.

Peserta yang je solo. Entah apa dia buat tu tak tahu lah.
Peserta perempuan yang ni je solo. Entah apa dia buat tu tak tahu lah.

Kursus ini lebih kurang simulasi tapi pada keadaan yang sebenar. Point nombor 2 nya; mengatasi ketakutan. Kau bayang je, kalau kau terjaga, gelap-gelita dan sunyi. Tu belum kira lagi yang nak terkencing terberak bagai. Siapa yang pernah tidur dalam hutan, tahulah keadaan tu.

Ini bangalow aku. Jemput masuk.
Ini bangalow aku. Jemput masuk.
Setakat ulat gonggok besar-besar macam ni, perkara biasa.
Setakat ulat gonggok besar-besar macam ni, perkara biasa.

Hari kedua pula, aktiviti berkumpulan. Ha, ini juga seronok. Hari pertama sudah diajar bagaimana nak survive, dan untuk hari kedua, ilmu tu dibawa ke dalam kumpulan. Masa untuk belajar berkomunikasi, kongsi idea, membuat keputusan dalam masa yang kritikal, menyokong rakan sekumpulan dan macam-macam lagi perkara yang kita takkan dapat kalau tak hadap. Susah sangat nak buat ayatnya.

kumpulan 4!
kumpulan 4!
memasang jerat
memasang jerat

Kursus Asas Survival

Walaupun kursus ini dikategorikan sebagai asas dan baru diperingkat permulaan atau kalau level-nya, baru level 1, namun pengalaman yang diperolehi sangat-sangat tak ternilai. Bila keluar tu, macam dah rasa nak try konon-konon sesat dalam hutan sekali-dua. Hahaha. Tapi, kau jangan buat pasal.

Kursus Asas Survival

Orait. Esok-esok kalau ada kursus macam ni lagi, dan kalau ada masa dan peruntukan, eloklah dicuba. Ilmu tu tak semestinya datang dari penganjur dan tenaga pengajar, mungkin juga dari peserta lain atau dari alam yang sentiasa menanti dan memerhati. Hmmm.

2 replies on “Kursus Asas Survival”

assalamualaikum..
mcm mana saya nak join kursus yang dianjurkan ni ye ?
mcm mana nak daftar ?
yuran berapa ?

waalaikumsalam.

kursus mcm ni ada banyak group/company buat. kena rajin scroll dekat fb group gunung online, hiking and camping around the world (hacam), ogkl dan banyak lagi group outdoor dan hiking.

buat masa ni, tak nampak lagi mana mana iklan yg sedemikian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge