Categories
Jalan-jalan

Langkawi, Permata Kedah

Ping! Salam sejahtera.

Rancangan selama beberapa bulan berjaya direalisasikan; memijak bumi Pulau Langkawi. Walaupun ada antara kami yang pernah pergi, namun keseronokannya pasti berbeda, gitu. Hehe.

Asyik Langkawi je. Ok Ok. Ni last. Serius!

Pendekkan cerita.

Kami berada di Pulau Langkawi selama, 3 hari 2 malam. Banyak juga tempat yang sempat kami singgah. Penat!

Kami menggunakan beberapa pengangkutan untuk sampai ke destinasi.

Perjalanan (majoriti dari KL. Seorang dari JB, seorang dari Kedah dan seorang dari Kelantan);

  • menaiki keretapi dari KL Sentral, jam 9.30 malam. (delay 10minit). Tambang, RM48 seorang.
  • perjalanan mengambil masa hampir 12 jam ke Stesen KTM Arau, Perlis.
  • dari Stesen Arau, menaiki teksi ke Jeti Kuala Perlis. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Tambang, RM24 untuk satu perjalanan per teksi.
  • dari jeti Kuala Perlis, menaiki feri ke Jeti Kuah, Langkawi. Perjalan mengambil masa selama 1 jam (berbanding dari jeti Kuala Kedah – 1jam 30minit). Tambang, RM18 seorang.
  • sampai Jeti Kuah, sewa van. RM200 untuk sehari. Terdapat juga jenis pengangkutan lain selain van, seperti, motosikal, kereta, basikal dan juga bas.
  • perjalanan ke tempat penginapan, AB Motel, Pantai Cenang, ambil masa hampir 20 minit.
tiket
keretapi
dalam keretapi
feri

Selain keretapi, ada beberapa lagi alternatif pengangkutan yang boleh digunakan seperti bas (ke jeti) dan kapal terbang (terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa, Langkawi).

Untuk hari pertama, kami sempat untuk aktiviti Island Hopping (aktiviti wajib). Antara tempat yang sempat kami singgah, Pulau Dayang Bunting, Pulau Ular dan Eagle Feeding. Tambang untuk aktiviti ni, RM24 seorang.

pantai teluk baru
pantai teluk baru
jeti nelayan teluk baru
pulau dayang bunting
pulau dayang bunting
tasik dayang bunting
tasik dayang bunting
tasik dayang bunting
tasik dayang bunting
pulau ular
eagle feeding

Malamnya pula, kami sempat adakan aktiviti BBQ di tepi pantai. Satu malam kami habiskan masa dengan bersosial, makan dan ketawa. Menarik bukan?

Ok, pada esoknya pula, hari ke 2, kami ke Gunung Mat Chinchang untuk aktiviti menaiki kereta kabel. Ini juga adalah salah satu aktiviti wajib.

pintu masuk kereta kabel
kereta kabel
kereta kabel
permandangan dalam kereta kabel
permandangan dalam kereta kabel

Menakjubkan permandangan dari atas ni. Breathtaking. Segar.

puncak
SkyBridge
dari atas skybridge
gunung

Selepas kereta kabel, kami sempat singgah ke warung tepi airport ni (makaseh June).

laksa power
lapangan terbang

Petangnya pula kami bersantai pusing keliling Langkawi. Sempatlah singgah ke tempat penjualan coklat dan pinggan mangkuk beramai-ramai. Langkawi memang terkenal dengan barang-barang duty free-nya, coklat dan pinggan mangkuk tak terkecuali. Sangat murah (berbanding di Semenanjung).

Malam, Pantai Chenang agak happening, tempat makan banyak. Pilih je mana nak.

Esoknya, sebelum kami pulang, sempat juga singgah ke Datarang Lang. Semasa kami sampai, dataran ni dalam pengubahsuaian naiktaraf.

dataran lang
backpackersmy team

Itu sahaja gambar yang sempat dipilih. Heeee.

*sedikit tips, untuk ke Langkawi, perlu pilih masa yang sesuai, dimana, bila masa puncak seperti musim cuti, harga perkhidmatan di sana mungkin agak tinggi berbanding hari biasa dan tiada tawar menawar.

13 replies on “Langkawi, Permata Kedah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge