Categories
Makan

Mee Kuah Ketam Balik Pulau

Wasap yo! Gua kalau pergi Penang mesti cari tempat makan. Walaupun kat KL ni pun ada banyak makanan. Tapi, gua tak peduli. Sini, gua nak intro sikit pasal mee kuah ketam.

Letaknya lokasi mee ketam yang femes sangat ni, adalah di Balik Pulau nun. Jauh baq hang! Naik turun bukit. Tapi, GPS bawa gua ke jalan yang benar, jalan yang diredhai. Ia jadi dekat sikit dari jalan yang pernah gua lalu sebelum ni.

Agak tricky sebenarnya nak cari kedai mee ketam ni. Gua lalu jalan yang diberitahu rakyat jelata, 3 4 kali. Sama ada gua tak faham slanga utagha, atau dorang tak reti nak jelaskan.

Inilah laluan yang ajaib itu
Inilah laluan yang ajaib itu

Bila track balik perlahan-lahan, baru lah jumpa! Fuuuh!

Mee Kuah Ketam
Ahad je kot bukak. Nasib gua datang Ahad.
Mee Kuah Ketam
Cam dinding zink biru ni.

Mee Kuah Ketam

Cuba lu bayang kejap, gua siap call tokey kedai untuk tunjuk arah, bila jumpa, masuk, gua je sampai satu kereta dan tokey sedang tunggu tepi pintu rumah. Hahaha.

Inilah kedainya..
Inilah kedainya..

Ye, kedai dia rumah, rumah dia kedai. Open table ngan dapur kat luar, pufff! jadi lah kedai.

Jadi, sudah sampai, order la apa patut.

Ketam berenang dalam kuah
Ketam berenang dalam kuah
Mee takde kuah
Mee takde kuah

Rasa dia boleh tahan. Macam mee bandung letak ketam tapi takde kanji. Hape ntah nak cakap tak reti.

BerrrkK!

Tapi, yang tak best, harga dia agak mahal. Serius! Bukan agak, tapi memang mahal. Atau, gua je kena cekik. Entah.

Teka je la harga ni, mee udang basah dengan mee udang kering, air 2 gelas. Berapa agak agak?

GPS koordinat : 5.349601, 100.236667

2 replies on “Mee Kuah Ketam Balik Pulau”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge