Categories
Makan

Mee Soto Pak Chat

Harini kita jalan-jalan carik mee soto. Kalau siapa yang tinggal area Sungai Besi atau kawasan berhampiran mesti tahu kot pasal Mee Soto Pak Chat ni. Ke yang rajin gi pasar Sungai Besi tu, perkara wajib mesti isi perut kat sini dulu.

Lokasi kedai, betul-betul dalam pasar Sungai Besi tu.

Mee Soto Pak Chat

Rasanya yg membuatkan mee soto pak chat jadi “chandu” setiap Ahad (hari lain tak sure ramai ke tidak) maybe sebab ayam yang dia gunakan tu adalah ayam pencen/tua. Tu yg liat-liat nak habis tu. Sup dia pun not-so-bad. So far belum jumpa mee soto spesis ayam pencen kat tempat lain lagi.

Mee Soto Pak Chat

Hah lagi satu nak pesan kalau gi sana, jangan korang tanya “mana Pak Chat?” pulak. Pakat tak jumpa dah la. Kalau tak silap 3-4 tahun arwah dah. Al-fatihah.

Balik pada kisah Mee Soto Pak Chat ni, selain mee boleh le kot2 nak try bihun ke, soto semata ke, leher ayam je ke, segala organ ayam ke, atau kaki ayam je ke.. special apa rasa semua ada. Terpulang pada tekak masing-masing la eh.

Mee Soto Pak Chat

Ada dua saiz. Agak2 ‘tank‘ (perut) besar order la yang besar. Harganya pun lebih besar. Harga mampu bayar. Kalau takut membazir itu-amalan-syaitan, ambik yang kecik je dah. Sambal kicap diberi percuma. Letak lah banyak mana pun, makcik tak marah.

Mee Soto Pak Chat

Mee Soto Pak Chat

Lepas makan harus beransur lekas. Seat limited. Orang lain beratur nak duduk pulak. Silap-silap tengah dok sedap hirup kuah soto, dah ada yang menunggu kat tepi. Terbantut selera ai.

Mee Soto Pak Chat

GPS koordinat : 3.064105, 101.710648
Alamat : Pasar Sungai Besi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge