Categories
Jalan-jalan

Nami Island – Mid Autumn

Hi!

Kita nak ber-Winter Sonata di bumi Korea. So, kali ni destinasi kita adalah ke Nami Island, Naminara Republic, South Korea.

Nami island adalah sebuah pulau kecil di luar Bandaraya Seoul. Ia merupakan pusat seni dan kebudayaan dan setiap tahun pelbagai festival berlangsungkan disana.

Nak ke sana, ada 2 alternatif pengangkutan. Tour bus dan train lompat-lompat. perjalanan agak jauh. Mengambil masa antara 1 jam hingga 1 jam 30 minit (bergantung kepada kenderaan).

Beli T-Money (tiket macam Touch and Go) untuk memudahkan perjalanan.

Kalau naik bas, terus ke Insadong, Seoul. Dari Insadong, cari Tapgol Park. Senang je nak jumpa tempat ni, nampak je bas yang badannye penuh dengan gambar drama Winter Sonata, itulah dia! Boleh juga naik bas dari Gangnam Station. Sejam pejalanan. Harga tiket bus adalah W7,500 (RM21.00) dan bestnya, terus boleh beli tiket naik feri ke Nami. So, takyah beratur kat jeti. Harga tiket feri untuk pelancong dengan warga tempatan adalah berbeza – W8000 (RM22.00).

Kalau naik train, keluar pagi-pagi. Akan bertukar-tukar train. Agak mencabar tapi puas hati kerana pemandangan kampung-kampung pendalaman sangat cantik ketika autumn. Kalau dari Seoul, pergi ke Seoul Station (Subway) terus ke Cheongyanni Station (Subway) tukar dan naik ke Sangbong Station. Kemudian, ambil train (KORAIL) terus ke Gapyeong Station. Train ni memang penuh dan berhenti almost 20 station. Sila la rebut tempat duduk! Total lebih kurang W2900 (RM8.00).

Gapeyong Station (atas) dan tempat tunggu cab, cari sign EXIT.

Dari Gapyeong Station, keluar, dan beratur tunggu teksi. Teksi terus bawak ke terminal feri. Teksi pun tak mahal. Kami kena charge lebih kurang W5000 (RM13.00). Berbaloilah dari jalan kaki jauh ke station bus.

Kalau tak mau naik feri, boleh buat flying fox. Ada berani?

Sampai je Station, beli tiket di jeti di kaunter tourist dan beraturlah untuk menaikki feri ke Nami Island. Ambil masa lebih kurang 10 minit.

Ramai manusia tunggu feri. Jangan risau, takkan tunggu lama even ramai orang.

Pusinglah Nami Island sepanjang hari. Pemandangan beserta udara yang sangat nyaman. dapatlah enjoy setiap inci tempat penggambaran drama Winter Sonata. Terdapat tasik, padang luas, pameran lukisan dan persembahan mini konsert underground. Untuk penggemar seni, this is the place you shoud go bila dah sampai Seoul.

All the way...
Jalan kaki, berbeca atau berbasikal. Boleh sewa kenderaan dengar kadar agak murah.
Halal. Sedap & panas!

Jangan lupa singgah lunch, makan nasik panas-panas di Yongajiga Lunch Box, ada halal certification lagi. Harga berpatutan dari W4000 hingga W15000 (RM10.00-RM40.00)

Musim Autumn di Nami Island.
Pulau romantik
Winter Sonata

 

Tips:

– Periksa musim/cuaca terlebih dahulu. Korea adalah negara 4 musim.

– Matawang adalah won, tripple beza RM kita. Berjimat cermat.

– Sebelum ke Korea, sila lah belajar sikit bahasa mereka. English out, guna bahasa isyarat je la, dan tangkap gambar muka depan hotel/rumah tumpangan dan safe dalam handphone. Again, masalah bahasa. Driver taxi kat sana memang tak faham bahasa inggeris. Kalau ada, sangat rare. Bunyi (nahu) yang kita sebut, might be tak sama dengan nahu mereka. So, tunjukkan saje gambar hotel via your handphone, they will hantar korang ke destinasi.

Selamat ber Winter Sonata!

4 replies on “Nami Island – Mid Autumn”

selain nami island, NAMDEMUN MARKET: tempat membeli-belah cenderahati dan brooch, LOTTE WORLD: Taman Tema, ITEAWON: Masjid Besar.

*hasil carian di google. kalau rajin lagi, boleh dapat banyak. boleh tengok kat sini. http://goo.gl/oS7yt

Agak2 kalo pergi bulan 9 musim aper yer. Sbb baca blog ngan google ada byk yg beza2. Tp kebanyakan ckp summer to autumn. Maybe sbb global warming so cuaca x pasti sgt

That day pergi bulan 10. mid autumn. so, bulan sembilan tu lebih kurang permulaan autumn. cuaca sejuk tapi masih boleh lagi pakai pakaian normal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge