Categories
Makan

Nasi Ayam Gemas Mustafah

Nasi Ayam Gemas Mustafah sudah beroperasi sejak 1980 lagi. Sejak dari itu, dah banyak cawangan dibuka rupanya. Aku baru tahu ni. OK, slowpoke!

Dengar ceritanya, asal kedai ni hanya mempunyai 8 orang pekerja, tokey kedai dan isteri, dan bertapak di gerai dekat Stesen Bas dan Teksi Gemas. Tapi dah sedap sangat kot, terus buka cawangan.

Nasi Ayam Gemas Mustafah

Nasi Ayam Gemas Mustafah

Selepas nama kedainya terkenal, ramai pula yang guna nama ‘Nasi Ayam Gemas’, lalu, pemilik asalnya, Mustafah bin Yusof menukarkan nama kedai beliau kepada Nasi Ayam Gemas Mustafah (original).

Nasi Ayam Gemas Mustafah

Apa yang membuatkan Nasi Ayam Gemas Mustafah ni lain, ialah, ayamnya yang lembut. Serious shit! Cer try!

Nasi Ayam Gemas Mustafah

Masa pesan nasi ayam ni, kalau nak asing, sila beritahu. Kalau tak, dia sekalikan untuk 2 orang makan dalam satu piring. Tak tahu lah kalau pesan untuk 4 orang, dia sekalikan jugak.

Ayam ni makan untuk 2 orang
Ayam ni makan untuk 2 orang

Cawangan yang aku terjah ni dekat Tampin. Guna GPS nak cari yang dekat Gemas sebenarnya. Dalam perjalanan tu, jumpa yang kat Tampin, singgah je lah. Jimat minyak. Selain Tampin, cawangan lain termasuklah, Putrajaya, Semenyih, Wangsa Maju, Kluang, Jasin dan… mana lagi entah.

Bersih
Bersih

Harga pula, RM4 untuk ayam dan RM1.50 untuk nasi. Kalau nak tambah kepak atau peha, hanya perlu tambah 50 sen. Hmm. Boleh lah.

Menu yang ada
Menu yang ada
Sup kaki ayam
Sup kaki ayam

Tak tahulah kot ini rasa Nasi Ayam Gemas Mustafah yang sebenar, sebab dah banyak cawangan, kan. Nak kata sedap sangat tu, tidak lah. Tapi, boleh lah nak cuba. Nanti nak try lah yang cawangan lain, mana tahu, lain tukang urus lain pula rasanya.

Apa pun, selamat menjamu selera.

Jemput!
Jemput!

GPS koordinat : 2.474218, 102.223765

3 replies on “Nasi Ayam Gemas Mustafah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge