Categories
Makan

Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock

Masalah terbesar warga Kolumpo atau orang Key El – mencari tempat makan yang murah dan berbaloi. Food court memang berlambak. Especially yang dok kerja area Jalan Ampang, harga semua cekik darah. Kau letaklah ikan kembong goreng ala somalia + nasik + sayur sikit + kuah kari kosong, harga RM14 pun orang bayar gak Jemah ooi. Punya lah sadis. “No choices, me lazy to walk walk” – ayat standard la tu. Siapa nak berjalan tetengah panas tu kan? Cukup sebulan dah boleh ganti kulit. FOC. Takde siapa marah.

Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock
Inilah lorinya…
Nota : Kami tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik. Heehe

Kisah makan kita hari ni, Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock. Kena sebut betul-betul. Nasik, (tarik nafas dulu) pastu sambung ..ayam goreng kunyit. Hah! Sebab dia bukan nasi ayam yang nasi ayam tu. Hah paham?? Kalau tak paham kena baca perlahan-lahan. Hehe.

Menunya sangat simple. Nasi putih diletakkan ayam goreng kunyit + sayur kacang panjang + karot + hirisan bawang holland + sambal belacan yang super duper power! dan direnjiskan dengan sedikit kicap. Wallaaah! MALATOP kata ko!

Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock

Lokasinya, betul-betul berdepan dengan Australian High Commission (Kedutaan Australia), Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Dah sampai sana, jangan pula carik kedai berpayung meja bersayung, memang pakat tak jumpa lah. Jadi, sila cari lori comel seperti gambar diatas.

Harga sangat sangat sangat berpatutan. RM5 jer. Di ulang.. LIMA RINGGIT sahaja. Tiada bayaran tax tambahan. No worries. Kot kata kau nak mem-budget sebulan dua ni boleh le makan hari-hari. Haha.

Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock
Mmmmm… mmmm…

Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock

Pekerjanya juga peramah luar biasa. Satu nak pesan, keluar awal kalau tak nak beratur panjang. 12.15pm tu sedang elok, orang tak ramai. 12.30pm orang dah bersemut. 1.00pm ‘Q’ dah panjang. Nasib tak elok 1.30pm brader rock dah mula kira kepala. “Hah, sepuloh kebelakang tu, nasik tak cukup dah ye”. Sia-sia kau berbueh ketiak dik. Buat surat rayuan pun dia tak heran dah. Balik lenggang kangkung je lah. Haha.

GPS koordinat : 3.160348, 101.710871

2 replies on “Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge