Categories
Makan

Nasi Kandar Line Clear

Mamu, nasik kandaq satu!!

Kalau siapa yang baru jejak Penang, memang terbatal acara makan makan kalau tak try Nasi Kandar Line Clear.

Sedikit info; Nasi Kandar Line Clear adalah antara salah satu kedai makan oldskool that still standing dekat Penang. Over forty five years! Atas jangka masa tu, ia menjadi antara kedai nasi kandar terkenal sa-Malaysia. Hebat baq hang!

Kedai ni terletak di lorong sempit dekat Jalan Penang (Penang Road). Antara jalan tersibuk kat Penang. Dibuka 24jam, kecuali Jumaat, tutup ketika solat Jumaat dan setiap Selasa (2 minggu sekali).

Lauk, nasi, sayur, apa ke segala macam, memang panas sentiasa. Masa beratur tu, nampak pekerja pekerja sedang cedok udang, kepala ikan, ayam, memang saje nak buat pelanggan terliur. Slow slow pulak tu dia cedok, macam slow motion dalam iklan je. :p

Udang besaq baq hang!
Kepala ikan. Sluuuurp!
Kepala ikan kot.

Menurut kata orang sini, kedai ni memang sentiasa penuh. Tak kira hari apa. Kalau dah ramai orang, takkan tak sedap, kan?

Penuh! *abaikan gambar yg overexposure

Orait. Malas cerita panjang. Jom makan!

macam biasa, harga tak ingat. =_=’

GPS Koordinat : 5.419597, 100.332339

 

5 replies on “Nasi Kandar Line Clear”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge