Categories
Makan

Nasi Kukus Ayam Berempah

Merujuk kepada tajuk entry, sebenarnya, gerai ni takde nama. Gerai bergerak ni terletaknya di depan Tesco Extra Mutiara Damansara. Betul-betul dekat pintu masuk.

Nasi Kukus Ayam Berempah

Nasi Kukus Ayam Berempah

Nasi Kukus Ayam Berempah

Menurut brader yang acah-acah tokey gerai bergerak ni, dia pun tak tahu apa nama gerai beliau. Ketika aku bertanya akan nama gerai, dia menjawab, “Entahlah, apa ke nama gerai ni… Cuba tengok kat atas nu..”, sambil muncungkan bibir ke arah kain rentang belakang lori.

Apakenamanya? 'e' Nasi Kukus Ayam Berempah?
Apakenamanya? ‘e’ Nasi Kukus Ayam Berempah?

Apa yang dijual; Nasi Kukus Ayam Berempah dengan harga rm5. Nasi tambah, singgit. Air sirap singgit. Air suam, free! Kuah tambah, free!

Nasi Kukus Ayam Berempah

Nasi Kukus Ayam Berempah

Nasi Kukus Ayam Berempah

Gerai ni macam buka setiap hari je kecuali Jumaat. Kalau rasa bosan asyik makan dalam mall, boleh la cuba. Tepi jalan je lah, kalau tak ‘alergik’.

Nasi Kukus Ayam Berempah

Nasi Kukus Ayam Berempah

Selamat menjamu selera.

Nasi Kukus Ayam Berempah

GPS koordinat : 3.158835,101.613749

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge