Categories
Jalan-jalan

Pasar Karat Penang

Ada banyak gelaran untuk pasar karat ni, antaranya, flea market, pasar lambak, boot sale, rope walk, roadwalk, thieves market dan banyak lagilah. Ada juga yang dinamakan mengikut nama tempat.

Walau apapun nama diberi, konsep perniagaannya tetap sama – menjual barang terpakai atau vintage… atau ‘panas’! Ehee.

Pasar Karat Penang

Pasar Karat Penang

Pasar Karat Penang

Kalau kat KL (Jalan Petaling), lazimnya pasar karat dibuka sekitar jam 4.30 pagi hingga 8-9 pagi. Tapi, pasar karat Penang dibuka lewat sikit, 7 pagi sampai 2 petang. Agak lewat juga.

Mari masuk dalam!

Pasar Karat Penang

Pasar Karat Penang
Handphone pun ada jual. Biasa, inilah barang wanted.
Legendary 3310! RM30!
Legendary 3310! RM30!
Pakcik ni jual lukisan dan photograph bandar Penang seawal tahun 50an. Banyak cerita pakcik ni. Try ajak borak.
Pakcik ni jual lukisan dan photograph bandar Penang seawal tahun 50an. Banyak cerita pakcik ni. Try ajak borak.

Pasar Karat Penang

Selain berkonsepkan menjual barang terpakai, pasar karat ini juga memegang teguh pendirian – asal boleh jual. Jadi, jangan hairan kalau lu orang akan jumpa barang yang ‘pelik’, dengan tak semena akan tercipta persoalan, “Ini pun jual?” :D

Pasar Karat Penang

Duit syiling lama memang banyak.
Duit syiling lama memang banyak.
Duit kertas pun ada. Bukan Malaysia je, mata wang asing pun ada.
Duit kertas pun ada. Bukan Malaysia je, mata wang asing pun ada.

Pasar Karat Penang

Cuba perhatikan, benda yang tak jangka lu orang nak jual pun dorang jual.
Cuba perhatikan, benda yang tak jangka lu orang nak jual pun dorang jual.
Macam mana kira ni..?
Macam mana kira ni..?

Pasar Karat Penang

Pun ada jual. Mungkin lagi murah yang ada dalam mall.
Pun ada jual. Mungkin lagi murah yang ada dalam mall.

Lokasi pasar karat Penang ni terletak betul betul sebelah Stadium Bandaraya Penang. Nama lain yang popular untuk pasar karat Penang ni adalah, Pasar Lorong Kulit.

Pasar Karat Penang

Pasar Karat Penang

Tempat letak kereta agak terhad dan berbayar (RM2 sebelah tandas awam). Difahamkan, pasar karat Penang juga dibuka pada hari biasa, tapi disarankan pergi hari Ahad. Lebih ramai peniaga dan lebih meriah.

Salah satu sebab kenapa ia dipanggil pasar lambak
Salah satu sebab kenapa ia dipanggil pasar lambak
Kasi lambak satu kali, jual!
Kasi lambak satu kali, jual!
Suasana pada hari minggu.
Suasana pada hari minggu.

Pasar Karat Penang

Satu tips penting untuk berurusniaga dekat pasar karat, pandai tawar menawar. Orait. Selamat bershopping.

Gambar lebih gua upload ke FB page.

GPS koordinat : 5.412222, 100.313475
Alamat : Lorong Kulit, Georgetown, Penang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge