Categories
Jalan-jalan

Pulau Tioman, Pahang

Hai, kita ke pulau pula. Pulau Tioman.

Dari Cyberjaya (12.30 tengah malam) + Lebuhraya Utara Selatan + Tol Ayer Hitam + Transit Bandar Kluang (ke arah Mersing) = 6 jam perjalanan. Jalan agak bengkang bengkok dan gelap. Hati-hati dengan lori dan juga lembu di sepanjang perjalanan. Sampai ke pekan Mersing jam 6.30 pagi dan sarapan.

Pada mulanya cadangan mahu menaiki feri di Jeti Mersing, tapi feri akan bertolak lambat pada 9.30 pagi. Alternatif lain, naik feri di Jeti Tanjung Gemok, lebih kurang 30 minit dari Mersing. Perjalanan feri dari Tg Gemok ke Tioman mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit, feri bertolak sekitar 8.00 pagi.

Menginap di Kampung Salang, Tioman yang merupakan destinasi terakhir dengan menaiki feri. Tambang feri (return) adalah RM70. Tiada tempahan dibuat sebelum ke sana, hanya pergi dan walk-in mencari chalet yang paling murah.

Hari pertama hanya snorkeling di Pantai Salang & ambil equipment dari Pak Long Chalet. Untuk yang tidak pernah cuba snorkeling, hari pertama disarankan mencuba dulu snorkeling supaya lebih yakin dan enjoy untuk snorkeling di laut dalam pada hari seterusnya. Jika mahu melihat coral di Salang, boleh berenang ke tengah sedikit. Coral masih dalam keadaan terjaga, air jenih dan banyak ikan.

Jumlah perbelanjaan (tak termasuk makan) adalah RM264, termasuk penginapan dua hari dan snorkeling trip (hari kedua & hari ketiga, lima snorkeling site with equipment).

Pak Long Chalet – tempat tidur selesa dan staff yang peramah & harga berpatutan untuk yang bercuti style backpack.

5 replies on “Pulau Tioman, Pahang”

kalau plan awal, kena masa, murahlah. ekceli, kalau pulau ni, ada time dia murah ada mahal.

Leave a Reply to zila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge