Categories
Makan

Roti Bakar Telur, Transfer Road

Selamat sejahtera!

Kalau pergi jalan-jalan area Georgetown, cari sarapan pagi, boleh singgah warung tepi jalan ni. Tak tahulah apa nama warung ni, tapi roti bakar dia sempoi bak hang!

Warung Kopi Transfer Road

Warong ni terletak dekat Jalan Transfer sebelah Jalan Hutton, belakang Mydin Jalan Penang. Masa gua pergi, sesat gak se-round. :”>

Dibakar dengan arang. Tambah telur dua biji. Siap!

Tempat bakar
Roti bakar telur – rm2.50

Kalau area utara, roti bakar telur separuh masak ni, dah common sangat. Kat KL maseh rare. Mamak-mamak kat KL pakai roti buku, Gardenia ke, Massimo ke, bahkan cap Giant pun. Utara, mereka pakai roti benggali.

*Siapa tak tahu roti benggali, maknanya dia hidup dizaman pasca-pasca-moden. Cuba adek google. :)

Tengok persembahan dia, menarik bukan?

Roti canai pun ada. Biasa kita cicah kari, dhal atau sambal. Kombinasi yang terlalu mainstream kat KL, haha. Kat warong ni, still kari, tapi dengan isi. Dah macam lauk pun ada.

In b4 “Ala! Kat KL pun ada!” :D

Roti canai
Kari ayam

Harga tak mahal, jangan risau. Roti canai dalam seringgit lebih. Kari tak ingat pulak. Tapi, kenyang dia sampai tengah hari. Itu gua lah. Korang mungkin satu hari. Hehe.

Teh tarik
Interior, hehe

p/s: Kat AU3 KL, ada satu warong yang guna roti benggali untuk menu roti bakar

3 replies on “Roti Bakar Telur, Transfer Road”

Pernah pi makan roti canai kat sini. memang popular gerainya walau nmpak usang.
Rasanya roti benggali tu dia ambik kat Maliia Bakery,Jln transfer (dpn gerai roti bakar ni jugak)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge