Categories
Makan

Satay Sri Melaka, AU5

Lokasi sasaran, Medan Selera AU5, Keramat, KL. Medan Selera ni terletak di antara Dewan Serbaguna Lembah Keramat AU5 dan ESSO/Petronas. Penduduk tempatan panggil, Kedai Biru. Sebab bumbung medan selera ni warna biru sejak dulu. :p

Dalam deretan gerai-gerai dalam medan selera ni, Satay Sri Melaka terletak di hujung sekali sebelah kiri (sebelah dewan).

Satay Sri Melaka

Antara satay yang terdapat di Satay Sri Melaka; ayam, daging, hati dan perut. Harga, 80 sen secucuk (ayam dan daging, yang lain kurang pasti). *harga sila rujuk semula, mungkin berubah dari semasa ke semasa

Satay : Amacam? Membuka selera tak?

Gerai ni dibuka dari 5 petang sampai 1 pagi. Ahad tutup. Lama tu, tak cukup 50 cucuk, tambah lagi 50. Makanlah sampai pagi. Satay Sri Melaka telah disahkan Halal. Ayam dan lembu bersih punya sembelih, don’t worry.

Antara makanan pilihan selain satay, termasuklah, Soto Singapore dan Bakso. Rata-rata pengunjung yang dah makan satay kat sini, kata, satay sini “The Best in Town”. Walaupun agak overpriced tapi rasa satay yang dipersembahkan mampu membuat mereka  yang berkira tentang harga tadi, “menutup sebelah mata”. Eceeh!

Bakso : Kuah dan bebola daging, memang sempurna. Tapi, kuah cili kurang pedas. Harga, RM4
Soto Bihun - RM4
Soto Nasi Impit : Begedil agak manis, tapi kuah menjadi penyelamat. Rasa memang terbaik. Harga, RM4
Bihun Bandong : Oops! ni kedai sebelah punya. Harga, tak ingat.

Difahamkan, Satay Sri Melaka ni juga, ada dibuka untuk tempahan. Nak buat kenduri ke, makan-makan dengan keluarga ke, keramaian apa-apa ke, boleh je.

Satay : Daging agak liat

Rasanya, selain daging/ayam yang dimasak rata, kuah dia juga boleh buat kita kecur air liur kalau teringat. Heee.. (tapi, memang kuah dia yang sangat menyerlah..)

Tip: Siapa yang tak suka kucing, jangan duduk meja hujung, sebab kucing-kucing suka panjat tembok situ. Manalah tahu kan, kot dia terjun dalam kuah satay korang nanti. :p

Apa pun, siapa yang saje suka-suka jalan-jalan kat Keramat AU ni, kena try dulu beb! Baru boleh cerita. 3.5/5 markah dari kami.

8 replies on “Satay Sri Melaka, AU5”

Wah ..gemoknyer satay dia …ehem ehem …Encik penulis x nak blanje saye makan kat sini ?? hihihhi … #kesmintakpenampar .. =)

mengikut kata mereka yang pernah makan sini, kata lagi sedap dari sate station. tapi entah, tak pernah makan kat sate station lagi.

Satay Station Biasa2 jer …saye penah makan ..tp sebenarnyer ikut selera sendiri la kan .. =) tp mahal dari satay kat sini … RM1.00 rasa nyer secucuk kalau x silap laa..mahal kan ? =P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge