Categories
Makan

Sate Hj Samuri, Taman Melati

Sate lagi..!

Kalau sebut sate kat Malaysia ni, paling laju otak akan cari, Kajang, bandar yang terkenal dengan sate-nya.

Dalam banyak-banyak kedai sate kat Kajang tu pula, Sate Hj. Samuri yang paling famous amous mr boombastik.

Lazat?

Disebabkan kualiti dan rasa satay yang buat pengunjung nak makan lagi dan lagi, Pemilik restoran ni telah membuka beberapa cawangan sekitar Lembah Klang. Antaranya di Taman Melati.

Restoran Sate Kajang Hj Samuri

Cawangan ni terletak bersebelahan Petronas Taman Melati (Balai Bomba) dan MMR2. Kalau dari Ampang, sebelum Petronas, tengok kiri, masuk. Kalau dari Gombak, sama ada u-turn lepas jejantas, atau ambil susur ke Taman Melati (LRT Taman Melati). Senang bukan?

Menu yang terlekat dekat dinding

Ruang bakar sate

Restoran Sate Kajang Hj Samuri (cawangan Taman Melati) ni lain sikit dari yang pernah kami review. Kat sini, bukan sahaja sate ayam, daging atau ikan je, malah, kambing, arnab dan rusa pun terlibat sama dalam menjayakan kemeriahan menunya.

Tapi, gua sempat bedal kambing je. Rusa habes sudah!

Ha! Nak bagitahu juga. Selain dari sate yang bermacam-macam gua sebut tadi, restoran ni juga ada menyediakan makanan lain. Power tak?

Nasi Goreng Paprik. Ye ke?
Nasi Goreng Ayam

Ni je gambar makanan sempat gua snap. Yang lain, tak sempat, dah habis!

Kaunter ABC – Tajuk: ABC Teringin. Kelas kau Maria!
Ramai bukan?
Dari atas arah jam; kambing – ayam – daging

Beeeerk! Kenyang sudah!

7 replies on “Sate Hj Samuri, Taman Melati”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge