Categories
Jalan-jalan

Seoul, Korea

Hello!

Bandaraya Seoul bagi kami adalah sebuah bandaraya metropolitan yang seimbang. Seimbang antara moden dan masih mengekalkan historical value. Bagi kami yang lebih suka melihat tapak-tapak sejarah, kami share tempat-tempat yang wajib anda kunjungi bila berbackpack ke Seoul. Tapi.. shopping tu penting juga. Enjoy!

Shopping:

Namdaemun Market adalah tempat wajib dikunjungi. Tempat shopping ala-ala Petaling Street. Dari keychain hinggalah Tshirt dan makanan. Siapa nak beli kimchi yang fresh, harus ke sini. Harga berpatutan dan boleh tawar menawar. Selain itu, berhampiran Namdaemun Market, terletak lagi satu kawasan membeli belah, Dongdaemun Market, kalau korean silk, sinilah tempatnya. Memang harganya berpatutan. Untuk mereka yang mahukan hasil-hasil seni yang lebih pelbagai, boleh terus ke Insadong – Itaewon. Untuk pergi ke pasar-pasar ini, hanya perlu naik train atau berjalan kaki. Dekat antara satu sama lain.

Sebelum masuk ke dalam market, pastikan ingat GATE mana anda masuk.
Kebanyakkan market dibenarkan untuk tawar menawar.
Korea terkenal dengan hasil keronsang/broch yang menarik dan murah.

Gyeongbok Palace

Istana (Gung)  ni terletak kat belah utara Korea. Kerajaan Korea buka kepada public selepas dibaik pulih. Istana ni pernah rosak teruk masa zaman perang Jepun. Dalamnya ada 330 bangunan dengan 5792 buah bilik. Luaskan? Kat sini yang menariknya, setiap sejam (rasanya lah) akan ada upacara membawa bendera, tukar pedang oleh tentera-tentera dinasti Korea.

Bahagian depan Gyeongbokgung
Pemandangan hadapan Istana tertua di Seoul
Upacara bawa bendera oleh Pahlawan-pahlawan

Changdeokgung Palace

Ia sebuah istana lama di tengah-tengah bandaraya Seoul. Istana ni diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Tiket w3000. Kawasannya sangat luas, penuh dengan pokok-pokok dan penuh dengan seni reka lama.

Kawasan Istana yang berpuluh2 hektar.
Seni bina yang indah di Istana Changdeokgung

Unhyeongung

Istana kecik raja Korea zaman 19th Century. Dalamnya banyak pokok dan jadi tempat kebudaayan. Kat sini, bolehlah sewa baju puteri dan maharaja Korea. Masuk W2000. Murah je.

Seni bina
Lee Min Ho Oppa~
Angin sepoi sepoi~

Cheonggyecheo Stream

Asalnya adalah macam sungai Gombak di KL. Pada 2003, President Korea mengarahkan kerajaan untuk menjadikan sungai kecik ni sebagai pusat pelancongan. Cantik sangat tempat ni, air sungai sangat jernih, tumbuhan kecik, tempat pejalan kaki. Orang-orang Seoul suka melepak disini ada malam hari.

Cheonggyecheo Stream

Lapar? Dekat Seoul tak susah nak makan. Kalau nak kena potong kepala, makan nasi briyani dikedai-kedai Pakistan. Sepinggan briyani mencecah RM60. Oh! No! Kalau tekak boleh terima seafood, boleh je makan dimana-mana kedai korea yang  menghidangkan makanan seafood macam sushi dan vegiterian. Tapi saya cadangkan makan di Mr.Kebab. Jimat dan boleh kenyang untuk tempoh masa yang agak lama. Mr.Kebab ada dimerata-rata kawasan membeli belah public. Senang nak jumpa. Harga antara W4000 – W12000 atau RM12 – RM28.

Halal! Mr. Kebab. Harga antara W4000 - W12000 atau RM12 - RM28
Jalanraya di Bandaraya Seoul yang sangat luas

Kamsahamida!

 

1 reply on “Seoul, Korea”

saya ingin ke KOREA pd musim sejuk. tempat2 yg menarik sy ingin lawati termasuklah di mt sorak. (snow area). pertanyaan sy adalah – apakah senang sy berjalan ketika musim sejuk & juga adakah cost backpackers & kenderaan di sana murah. terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge