Categories
Jalan-jalan Makan Tidur

Singapura – Jalan, Makan, Tidur (bhgn 1)

Bak kata orang, jauh berjalan luas pemandangan. Walaupun Singapura tu tak jauh mana pun, tapi itu bukannya penting. Yang penting, kau sampai, kau tengok sendiri. Dan inilah masa, “…to discover that everyone is wrong about other countries“.

Ini adalah kali ke-2 aku jejak Singapura. Kali pertama pergi USS, bulan 2 lepas. Best! Wacakaplu!. Disyorkan untuk habeskan masa satu hari dalam tu. OK, berbalik pada tajuk asal. Trip kali ni hanya 2 hari 1 malam.

Baru lepas Pagoh
Baru lepas Pagoh

Dengan kenderaan sendiri, perjalanan dari KL ke Larkin mengambil masa 4 jam. Berhenti di R&R Seremban untuk supper dan R&R Pagoh untuk mencari hidayah :D. Tiba di Larkin jam 8 pagi. Sebab apa Larkin? Sebab, aku tahu kedai makan kat situ je. Heee. Kami ambil keputusan untuk masuk Singapura pukul 12 tengah hari.

Pusing Larkin dulu cari makan. Singgah pasar tani sebelah Stadium Larkin. Pekena lontong kering dengan sup tulang dulu.

Lontong kering. Sedap!
Lontong kering. Sedap!
Sup tulang
Sup tulang
Mee rebus
Mee rebus

Huh! Dekat Johor pun dah makan sedap. Sibuk nak masuk Singapore. :p

Ini rupanya dendeng.
Ini rupanya dendeng.

OK. Selesai sarapan, kami bersihkan diri dekat Kolam Renang MBJB. Untuk berenang-renang ke tepian, bayarannya rm4. Tapi kami nak mandi-manda je, bayarannya hanya rm2. Selesai mandi, kami teruskan ke destinasi. Pulau Temasek!

Welcome to Singapore!
Welcome to Singapore!

Untuk keluar masuk Singapura, pelawat asing perlu mengisi Kad Ketibaan / Pelepasan. Kalau dengan flight, krew akan bagi, kalau dengan travel agent, dorang sediakan. Kalau dengan kenderaan sendiri, redah je, nanti dekat checkpoint Singapura, dorang tanya. Kalau takde, mintak je. Lepas tu, isi kat situ jugak. Dah isi, simpan keratan. Kang susah pula nak keluar.

Kami menggunakan applikasi GPS yang memerlukan sambungan internet untuk carian yang lebih pantas dan tepat, malangnya, data plan yang sedia ada tidak disertakan plan roaming. Kena subscribe lain, Rm38/sehari tanpa had. Jadi sebagai alternatif, kami memerlukan kad sim tempatan.

Setelah berpusing-pusing cari kedai topup kami pun fed-up. Apa hal pun, check-in dulu. Lokasi bermalam kami adalah di The Little Red Dot dekat Lavender Street. Dekat pukul 6 petang juga sampainya. Dok mencari punca je.

Lepas check-in, pergilah kami mencari makan. Lokasinya di Ayer Rajah Food Centre, West Coast Drive. Banyak makanan kat sini. Sebenarnya, sebelum sampai Lavender Street, dah singgah sini dulu cari kedai jual sim kad, tapi takde. Itu yang sampai pukul 6 baru check-in. Terima kaseh!

Ayer Rajah Food Centre
Ayer Rajah Food Centre
Lupa tah air apa ni.
Lupa tah air apa ni.
Kacang pool. Maaf, tak sedap. Orang kata, Johor punya yang sedap. Nanti cuba lagi.
Kacang pool. Maaf, tak sedap. Orang kata, Johor punya yang sedap. Nanti cuba lagi.
Satay ni boleh tahan.
Satay ni boleh tahan.
Hah! Sup tulang. Yang di nanti.
Hah! Sup tulang. Yang di nanti.
Pun boleh tahan. Tapi, aku makan dekat kedai Linda Onn, lagi sedap!
Pun boleh tahan. Tapi, aku makan dekat kedai Linda Onn, lagi sedap!

Lepas makan, balik ke bilik. Selesaikan apa patut. Malamnya, nikmati kehidupan malam di Singapura!

Night life
Konsert percuma

Singapura - Jalan, Makan, Tidur

Singapura - Jalan, Makan, Tidur

Memandangkan kami tak berapa sukakan suasana ‘havoc‘ yang melampau, pulanglah kami ke pangkal jalan. Rancangnya malam tu nak ke Mustafa Centre, tapi sebab ‘arus deras’, kami hanyut bersama mimpi… :D

Untuk satu hari ni, masa banyak habes dalam kereta je. Keluar masuk simpang, turun naik highway. Nasiblah tak besar mana Singapura ni. Sambung nanti.

>>> Bahagian 2 <<<

>>> Album Gambar <<<

Lokasi Ayer Rajah Food Centre : 1.311236,103.760016

3 replies on “Singapura – Jalan, Makan, Tidur (bhgn 1)”

Moral of the story, masuk s’pore yang pertama haruslah mencari simcard dahulu. 7E je ada jual. Heh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge