Categories
Jalan-jalan Makan

Singapura – Jalan, Makan, Tidur (bhgn 2)

Kita sambung cerita tu hari.

Lepas selesai sarapan, kami checkout. Lupakan Mustafa Centre, lain kali je singgah. Misi pagi hari minggu; melawat Jalan Ampas! Sebelum keluar, kru hostel dah bagi direction nak ke sana. Tapi, musykil, kenapa Jalan Ampas takde dalam peta Singapore yang dicetak besar-besar tu. Hmmm.

OK, sebelum kau berpotensi mengulangi kesesatan semalam, baik cari kad sim cepat. Kami guna SingTel – ini je yang kami kenal, bayar S$15 kredit dalam ada S$18 (sila kemaskini kadar semasa).

Singapura – Jalan, Makan, Tidur

Kelebihan pakai kad sim tempatan adalah; 1) kau tak kena cas roaming (data atau panggilan), yang mahal nak mati. 2) data roaming telco tempatan 24 jam (plan sehari), berbanding dengan sesetengah telco Malaysia yang hanya sehingga jam 11:59 malam. Apapun, boleh periksa semula kadar semasa telco anda. :D

Dari Lavender Street, hanya mengambil masa selama 5 minit memandu ke Jalan Ampas. Dekat je. Lagipun, mana boleh pandu laju-laju. Kena saman kang!

Singapura – Jalan, Makan, Tidur

Singapura – Jalan, Makan, Tidur
Nama Jalan Ampas pertama kali disebut di dalam filem Seniman Bujang Lapok, (1961).

Kepada siapa yang tak tahu, pada tahun 1945, selepas Perang Dunia ke-2, di Singapura, lahirnya sebuah produksi filem yang sangat gah – Malay Film Productions Ltd. Di studio inilah, pelakon, penyanyi dan pengarah lagenda yang hebat sepanjang zaman, P Ramlee dan pelakon-pelakon lagenda lain yang seangkatan, menempa nama.

No. 8, Jalan Ampas.
No. 8, Jalan Ampas.

Hebatnya Jalan Ampas ni dulu, sehinggakan ia pernah digelarkan sebagai ‘Hollywood Filem Melayu’. Fuhhh!

Menurut penjaga studio, Uncle Joe Hogan, studio ni akan ditutup seluruhnya kepada umum. Semua peralatan studio milik Shaw Brothers, pemilik Studio Jalan Ampas ini, telah dipindah keluar. Tiada apa yang tinggal. Hanya bangunan usang yang menyimpan kenangan. Sayang.

Singapura – Jalan, Makan, Tidur

Singapura – Jalan, Makan, Tidur

Selepas wujudnya peti televisyen dan kemasukkan filem-filem dari luar, tidak ramai yang berminat untuk menonton filem lagi, ditambah pula dengan perpindahan P Ramlee ke Studio Merdeka di Kuala Lumpur, ia menjadikan Malay Film Productions hampir hilang peranan sebagai pusat perfileman. Pada tahun 1967, akhirnya ia ditutup.

Bila pengambaran sedang berlangsung, lampu pada papantanda 'Silent' akan menyala.
Bila pengambaran sedang berlangsung, lampu pada papantanda ‘Silent’ akan menyala.
Singapura – Jalan, Makan, Tidur
Logo Shaw Brothers
Singapura – Jalan, Makan, Tidur
Lokasi dimana, Jamil dalam filem Madu Tiga (1964), terjun sebab lari dari dikejar isteri-isterinya.
Singapura – Jalan, Makan, Tidur
Selain Seniman Bujang Lapok, lokasi Studio Jalan Ampas juga dapat dilihat dengan jelas dalam filem Mogok (1957).

Mungkin, kalau di Malaysia, studio ini sudah dijadikan muzium. Maklumlah, Malaysia kan suka simpan barang lama. Lama juga kami bersantai dekat sini. Banyak kesah yang diceritakan oleh Uncle Joe, sampai disediakan makan minumlah ceritanya.

Uncle Joe Hogan, memberi penjelasan.
Uncle Joe Hogan, memberi penjelasan.

Oleh sebab masa yang sangat, kami terpaksa meninggalkan Jalan Ampas dengan segera. Maka berangkatlah kami ke Kampong Glam. Di Kampong Glam pula, terletaknya Arab Street yang menempatkan Restoran Zam Zam yang terkenal dengan muratabaknya. Sebelum berjalan kaki ke Arab Street, sempatlah kami singgah Pusat Warisan Melayu (pekarangan je), Muscat Street dan Masjid Sultan.

Muscat Street
Muscat Street

Singapura – Jalan, Makan, Tidur

Singapura – Jalan, Makan, Tidur

Restoran Zam Zam
Restoran Zam Zam
Masjid Sultan
Masjid Sultan

Masjid Sultan ni adalah masjid pertama dan terakhir yang kami singgah sepanjang berada di Singapura. Untuk pengetahuan semua, dekat Singapore, ada banyak masjid. Bukan satu dua ketul je. Untuk info dan lokasi masjid sekitar Singapura, klik sini.

Murtabak kambeng
Murtabak kambeng
tak ingat nasik apa da ni.
tak ingat nasik apa da ni.

Sudah kenyang, kami ke lokasi terakhir, Bugis Street. Shopping! Siapa yang tabah shopping last minute di Jalan TAR, Kuala Lumpur ketika musim perayaan, boleh lah masuk Bugis Street ni. Banyak lagi tempat tak pergi. Mungkin, lain kali kami akan masuk lagi, untuk cerita yang lain pula. Tata!

Koordinat;
Jalan Ampas : 1.325209, 103.850562
Restoran Zam Zam : 1.302183,103.858538
Bugis Street : 1.300554,103.854944

>>> Galeri Gambar <<<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge